SIAPA sangka persahabatan selama bertahun-tahun boleh terputus disebabkan satu perkara yang tak pernah disangka akan menjadi punca perpisahan.
Situasi itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila rakan baiknya mula berubah selepas mengetahui dia dikurniakan 'rezeki' hamil lebih awal.
Menurut wanita itu, dia dan sahabatnya sebelum ini berkongsi impian ingin bergelar ibu bersama-sama namun takdir tuhan menentukan sebaliknya.
"Saya ada BFF (best friend forever) yang tak nak berkawan dengan saya disebabkan saya mengandung dan dia lambat tahu.
Banyak kisah mengenai pejuang TTC dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan
"Dia juga TTC (trying to conceive) macam saya. Tapi saya diberi rezeki (mengandung) awal daripada dia sedangkan dia kahwin dulu.
"Dia marahkan saya sebab tak beritahu dia yang saya mengandung," dia menceritakan situasi melibatkan mereka berdua.
Menurut pengadu, selepas disahkan hamil, pihak keluarga menasihatinya untuk tidak menghebohkan berita gembira itu sehingga kandungan cukup kuat.
Apatah lagi dia sudah lama menunggu dan mencuba untuk hamil sebelum akhirnya dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat beri hand socks, surat! Gadis tenang ditegur dah berubah, tudung makin singkat - “Saya rindu awak yang jaga aurat”
ARTIKEL BERKAITAN: Doa tak baik untuk rakan mulut celupar, wanita bimbang jadi asbab sampai sekarang diri tak hamil-hamil
Demi mengelakkan berlakunya sebarang perkara buruk, dia mengambil keputusan untuk merahsiakan dahulu berita gembira ini daripada orang sekeliling buat sementara waktu.
Namun tanpa disedari, tindakan tersebut mengundang rasa terkilan dalam hati sahabat baiknya.
"Famili saya pesan bila kita mengandung, tak baik heboh-hebohkan sampai usia kandungan sudah cukup kuat.
"Saya ikut pesanan famili sebab saya TTC agak lama. Risau jadi apa-apa jadi saya ikut cakap keluarga untuk rahsiakan dulu kandungan tu.
Dia nak menyesuaikan diri dengan keadaan tu ambil masa.
NETIZEN
"Tapi bila dia tahu saya mengandung, dia jauhkan diri dari saya tanpa sebab sampai ke hari ini. Saya pun tak faham kenapa jadi macam tu," ujarnya.
Wanita ini berkata, dia mula berasa bingung sekiranya tindakan merahsiakan kehamilan daripada sahabatnya menjadi satu kesalahan.
Hantaran yang dikongsikan mengundang pelbagai pendapat dalam kalangan warga maya.
Ada yang menganggap sahabatnya cemburu dan memintanya supaya meninggalkan saja individu itu.
Bagaimanapun, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pengadu untuk merahsiakan seketika kehamilan tetapi dalam masa sama turut memahami perasaan sahabatnya.
Antara komen netizen pada hantaran asal.
"Bagi dia masa. Kadang bukan dia nak jauhkan diri tapi rasa macam dia tak berguna. Rasa tertanya-tanya kenapa Allah tak bagi dia juga rezeki sama.
"Dia nak menyesuaikan diri dengan keadaan tu ambil masa. Macam saya juga dulu. Kawan-kawan semua mengandung. Yang lama TTC macam saya pun mengandung.
"Perbezaan dengan kawan baik yang TTC tu ambil masa juga selama empat tahun. Jumlah TTC 10 tahun baru dapat anak," ujar salah seorang netizen.