ZAMAN sekarang, selain perlu bergelut dengan keadaan ekonomi ramai juga golongan muda meluahkan kesukaran untuk mencari jodoh.
Seperti pemuda ini, lamarannya pernah 'ditolak' oleh seorang wanita tetapi menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
Bagaimanapun, selepas dia bahagia dengan kehidupannya dan bergelar pegawai tentera, wanita itu mencarinya semula.
Menurut pemuda ini, dia menerima pesanan peribadi menerusi Instagram daripada wanita berkenaan mengajaknya menjalani sesi taaruf (berkenalan) semula selepas setahun lamarannya ditolak.
Katanya, wanita berkenaan sebelum ini pernah menolak cadangannya untuk berkenalan atas alasan belum bersedia untuk bercinta kerana baru putus dengan kekasih hati.
Posting seorang pegawai tentera mendapat perhatian ramai.
Namun apa yang mengejutkannya, wanita berkenaan memuat naik posting bersama kekasih baharu tak sampai seminggu selepas menolak lamarannya.
“Tahun lepas, aku ada minat dengan seorang perempuan ni. Bila aku ajak dia taaruf, dia kata tak sedia sebab baru lepas 'broken'. Aku faham sebab aku pun pernah rasa sakit putus cinta tu.
“Aku bagi dia masa. Tak sampai seminggu, dah muat naik story dengan boyfriend baharu. Aku pun buat keputusan tak akan ganggu dia dah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tolak lamaran abang askar, wanita rela jadi kekasih 'kejam'! Enggan perjudi masa depan lepas tengok slip gaji negatif
ARTIKEL BERKAITAN: “Betul ke dia nak saya?” - Gadis tak sangka ‘jejaka kenal online’ mesej ibu maklumkan nak kahwin, video tunang viral sampai Indonesia
“Bila aku tengah bahagia dengan kehidupan, tiba-tiba ada satu DM Instagram cakap macam ni (tangkap layar mesej) Instagram. Baru sekarang ada hati dekat aku? Aku rasa ada sesuatu yang tak kena,” luahnya.
Berdasarkan tangkap layar mesej yang dikongsi lelaki ini, wanita itu meluahkan rasa kagum dengan pencapaiannya kini yang menjadi seorang pegawai tentera.
Wanita itu juga memberitahu pemuda itu bahawa dia sudah bersedia untuk proses mengenal hati budi selain mengaku ada menyimpan perasaan terhadapnya dan berharap lelaki ini masih solo.
Tangkap layar mesej yang dihantar wanita berkenaan.
Di ruangan komen, pemuda ini berkata dia kecewa dengan sikap wanita tersebut yang menolak hasratnya untuk berkenalan ketika dirinya tidak memiliki apa-apa.
“Saya tak ambil hati pun. Saya tahu memang saya tak kan pandang dia dah. Tak ada rasa bersalah, sebab tu datang cari saya balik.
“Saya pun tak berminat dah nak cari yang lain. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, lagi bagus,” ujarnya lanjut.
Aku bagi dia (wanita) masa. Tak sampai seminggu, dah muat naik story dengan boyfriend baharu.
PEGAWAI TENTERA
Perkongsian ini mencuri tumpuan warganet dan ada yang menyarankan supaya lelaki ini tidak sesekali mendekati wanita berkenaan.
“Adui, kita yang baca ni pula yang malu. Angkat kaki je kalau dengan perempuan macam ni
“Dia pandang pangkat dan harta yang ada pada awak bukan ikhlas menerima diri awak yang kekurangan.
“Abaikan, tiba-tiba bersedia nak taaruf sebab pangkat awak je.
“Block je sebab tak ada pendirian macam ni, mungkin dah nampak awak bekerjaya dan dapat kerja tetap.
“Tak payah la rasanya, kamu boleh dapat lebih baik! Semoga bertemu jodoh yang baik-baik," demikian antara komen netizen.
Banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum bergelar suami. -Gambar hiasan
Namun, ada juga yang tidak percaya dengan posting dimuat naik dan mendakwa lelaki ini sengaja mereka-reka cerita untuk memberitahu dirinya seorang pegawai tentera.
“Kenapa macam rekaan je? Nak cakap yang awak ni pegawai tentera?
“Aku kalau jumpa lelaki kerja bagus aku pula yang segan dan takut. Aku cari yang biasa-biasa sekufu dengan aku.
“Dia ingat comel gelak hiks macam tu. Dulu bila baca mungkin rasa comel tapi sekarang rasa macam nak hambat dengan pelepah kelapa kan?” komen beberapa netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube