VIDEO memaparkan 13 orang lelaki sedang membersihkan halaman sebuah inap desa di Cherating, Pahang, menerima pujian netizen di media sosial. Video kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsi sendiri oleh pengusaha inap desa, Aimie Amirah, 32, sehingga ia meraih hampir 300,000 tontonan. Bercakap kepada mStar, Aimie berkata geng motosikal Limitless Speed dari Terengganu itu menginap di unit kediaman milik suaminya pada hujung Januari lalu. Aimie menganggap kehadiran kumpulan itu sebagai kenangan terindah di inap desanya. "13 orang yang menginap dan ada 13 buah motosikal. Sebelum ini ada juga geng motosikal check in, tapi tak seramai mereka. Semua okey, pandai jaga rumah. "Cuma kali ini rasa lagi terkejut, sampah pun tak ada. Sinki clear, tandas bersih. Ada video mereka basuh lantai. Adik yang berurusan dengan saya tu hantar video. Kedatangan mereka sangat dialu-alukan dan ini antara kenangan terindah untuk homestay kami. AIMIE AMIRAH PENGUSAHA INAP DESA "Mungkin sebab mereka ada baiki motor atau apa-apa kan. Tapi tak suruh pun (basuh lantai). Mungkin juga sebab mereka dah biasa konvoi atau ride dan ada leader yang jaga grup mereka," ujarnya. Menurut Aimie, dia pada awalnya agak keberatan untuk menerima tempahan kumpulan itu memandangkan inap desa tersebut mengenakan had 12 orang sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Geng bapa-bapa naik RXZ pandai kemas rumah, pemilik homestay di Terengganu puas hati... Siap solat jemaah di masjid ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz hairan geng mat motor iring jenazah warga emas, persoalan terjawab lepas dekati anak arwah "Mula-mula masa nak terima tempahan saya risau juga sebab ramai. Saya letak limit 12 orang saja. Tapi adik yang berurusan tu pujuk, terlebih seorang. "Saya kata boleh, tapi jangan merokok atau vape dalam rumah dan minta jaga rumah dengan baik. Itu je la. Alhamdulillah, mereka sangat memberi kerjasama. Aimie nafi ganggu privasi tetamu, sebaliknya CCTV hanya dipasang di halaman rumah. "Harap mereka selalu berhati-hati di jalan raya, kedatangan mereka sangat dialu-alukan dan ini antara kenangan terindah untuk homestay kami," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Aimie berkata video yang dikongsi turut menerima kecaman apabila ada netizen beranggapan dia melanggar privasi tetamunya. Namun jelas wanita itu, dia hanya meletakkan CCTV di halaman rumah sahaja untuk tujuan keselamatan. Aimie bersyukur menerima kehadiran tetamu yang begitu baik menjaga kediamannya. "Ramai yang puji adik-adik ni. Ada juga yang marah saya letak CCTV sebab ganggu privasi tetamu. "Tapi CCTV saya ada di tempat parking saja untuk keselamatan kenderaan dan tetamu. Bukannya nak intai tetamu," ujarnya sambil menambah inap desa itu baru sahaja memulakan operasinya pada 20 Januari lalu. Selain mengusahakan inap desa bersama suaminya, Aimie juga merupakan seorang peniaga barang kemas secara dalam talian.