KESIBUKAN bekerja sering dijadikan alasan bagi segelintir ibu bapa tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama anak-anak.
Walau sesibuk manapun, ikatan kekeluargaan seharusnya menjadi keutamaan.
Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang individu bercerita tentang ibu bapanya yang terlalu kuat bekerja.
Ibu bapa seharusnya memberi bimbingan agama kepada anak-anak. -Gambar hiasan
Bercerita lanjut, katanya, berlaku satu kejadian menyentuh hati apabila bapanya akhirnya mempunyai masa untuk solat bersamanya secara berjemaah.
"Saya dilahirkan dalam keluarga yang ibu bapa kuat bekerja. Saya tak tahu kenapa hari ini sedih sangat sebab tadi nak solat Maghrib, kemudian bapa saya datang dan cakap tunggu untuk solat sekali dengan dia.
"Saya terdiam dan cakap okey. Ayah saya sangat sibuk kerja sampai saya selalu solat sendirian. Kali terakhir ayah jadi imam ketika saya kecil dulu. Kemudian tiba-tiba hari ini dia nak imamkan saya.
Ibu bapa sibuk bekerja, tapi nak buat macam mana, mereka kan cari rezeki untuk kita teruskan hidup.
ANAK
"Ayah angkat takbir (angkat tangan), terus meleleh air mata. Tapi saya buat macam tiada apa yang berlaku," katanya.
Menurut individu itu, dia juga kesepian kerana semua adik-beradiknya sudah meningkat dewasa dan tinggal berasingan dengan keluarga.
Tambahnya, dia juga cemburu melihat keluarga orang lain yang dapat meluangkan banyak masa bersama.
ARTIKEL BERKAITAN: Rindu tak berbalas... Bapa terjenguk-jenguk dari luar tingkap, panggilan minta buka pintu tidak dijawab! - “Sampainya hati mu anak”
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pura-pura tak nampak jiran tolong hantar anaknya ke sekolah... Tak payah ucap terima kasih, senyum pun tidak
"Saya sangat cemburu dengan keluarga yang selalu solat berjemaah sebab saya anak bongsu yang adik-beradik saya semua dah duduk sendiri dan ibu bapa sangat sibuk.
"Bila ayah ajak solat sama-sama, saya rasa sedih sebab belum cukup luangkan masa dengan ayah sepanjang hidup ini.
"Saya sentiasa buat aktiviti sendirian. Ibu bapa sibuk bekerja, tapi nak buat macam mana, mereka kan cari rezeki untuk kita teruskan hidup," ujarnya lagi.
Di ruangan komen, beberapa individu turut membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah merasai nikmat solat berjemaah bersama keluarga.
Keakraban dalam keluarga perlu diamalkan. -Gambar hiasan
"Saya tak pernah berjemaah dengan keluarga. Saya harap sangat kita dapat kumpul dan solat bersama sebelum salah seorang daripada kami pergi buat selama-lamanya.
"Sedih sangat sebab dah lama tak rasa solat berjemaah dengan keluarga. Kali terakhir tahun 2020.
"Untunglah, aku tak pernah nampak ayah aku solat," demikian antara komen netizen.