suria

Wanita sayu lihat pakcik tua terpinga-pinga datang sendiri ke pejabat agama, anak perempuan murung nak cerai

Tangkap layar video yang tular di aplikasi TikTok.

PERCERAIAN bukan sahaja memberi kesan terhadap anak-anak, malah ia turut dirasai oleh orang sekeliling.

Ibu bapa juga seboleh-bolehnya tidak mahu melihat perkahwinan anak mereka terlerai di pertengahan jalan.

Di media sosial, tular video yang memaparkan seorang lelaki lanjut usia dipercayai datang ke pejabat agama untuk menguruskan hal perceraian anak perempuannya.

BAPA 2

Tiada siapa yang mahu rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan. -Gambar hiasan

Menurut seorang wanita yang memuat naik rakaman itu, usaha dan kesungguhan warga emas berkenaan untuk membantu anak perempuannya mengundang sebak.

"Kejadian hari ni. Saya datang pejabat agama untuk urusan sijil cerai dan terjumpa pakcik ni. Terpinga-pinga, dia lupa letak kasut di mana, lupa bentuk kasutnya.

"Hati bapa mana kan sanggup tengok anak perempuan dia bercerai-berai? Kasihanlah tengok dia menguruskan urusan penceraian anak perempuannya.

Anaknya masih bersedih dan murung tak berdaya nak uruskan.

SAKSI

"Benarlah orang cakap tiada lelaki lain yang boleh menjaga hati wanita selain ayah sendiri," tulis wanita itu.

Susulan perkongsian video tersebut, segelintir netizen mempersoalkan keberadaan anak perempuannya sehingga warga emas itu terpaksa bersendirian ke pajabat agama.

Menurut pemilik TikTok itu, anak kepada warga emas tersebut ada di rumah dan masih bersedih atas perpisahan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak bagi peluang pada suami... Rupanya dah 2 kali Linda, Beego cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lafaz talak lepas dimarahi isteri sebab belikan rumah untuk ibu... Famili sendiri menyewa, pasangan bayar bulanan

"Saya sibuk uruskan penceraian saya tapi apa yang saya terdengar, anak perempuannya ada kat rumah.

"Anaknya masih bersedih dan murung tak berdaya nak uruskan," tulisnya lagi menerusi hantaran yang dikongsi pada Jumaat.

Video yang meraih kira-kira 300,000 tontonan itu turut dihujani komen netizen yang menceritakan tentang pengorbanan bapa masing-masing.

Photoshoot for MOB Top 10 pet peeves in the cinema. AZMAN GHANI/ The Star

Perceraian juga pastinya akan memberi kesan terhadap anak-anak. -Gambar hiasan

"Sedihnya, beruntung perempuan tu mempunyai ayah yang prihatin.

"Dari mengandung, bersalin dan bercerai, ayahlah yang teman saya kehulu-kehilir. Sedih tak terkata.

"Mak abah diam-diam pergi mahkamah ambil borang cerai untuk saya.

"Saya dulu nak berpisah dengan bekas suami, ayah yang temankan," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain