suria

Teruja sambut cucu sulung tapi mentua merungut jaga menantu berpantang... Suami hanya menangis tak tahu buat apa

Kebanyakan wanita lebih selesa berpantang dengan ibu sendiri. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan kebanyakan wanita memilih untuk berpantang di bawah jagaan ibu kandung sendiri kerana lebih selesa selain mendapat perhatian dengan penuh kasih sayang.

Namun disebabkan kekangan tertentu, mereka akur untuk berpantang dengan bantuan ibu mentua atau menggunakan khidmat penjaga pantang (confinement lady) yang semakin popular ketika ini.

Berlainan pula dengan kisah wanita ini yang meluahkan kesedihannya kerana bakal menjalani proses berpantang bersendirian tanpa bantuan ibu sendiri mahupun mentua.

PANTANG 1

Ramai memilih menggunakan perkhidmatan CL untuk memudahkan urusan berpantang. -Gambar hiasan

Wanita itu memaklumkan pada mulanya ibu mentuanya beriya-iya mahu membantu menjaganya sepanjang tempoh berpantang memandangkan dia bakal melahirkan cucu sulung dalam keluarga sebelah suaminya.

Namun kata wanita tersebut, ibu mentuanya berubah fikiran secara tiba-tiba malah memarahinya kerana seolah-olah 'terpaksa' menjaganya berpantang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berpantang ‘silap langkah’ layan CL, terlampau selesa sampai pijak kepala! Tegur sikit merajuk tak bercakap

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar beribu, stres berpantang! Wanita bengang hadap CL pemalas, layan TikTok sambil urut... Arah suami buat susu bayi

"Dua minggu sebelum bersalin, ibu mentua marah saya cakap kenapa suruh dia jaga pantang? Kenapa tak panggil mak saya je jaga?

"Hari tu dia sendiri minta dekat suami nak jaga sebab cucu pertama. Ini diam-diam jumpa saya, marah saya tanpa pengetahuan suami," luahnya sambil menambah dia tidak mempunyai pengalaman berpantang kerana baru melahirkan cahaya mata sulung.

Tambah wanita itu, mustahil untuk dia pulang ke kampung halaman yang jauh dan perlu menggunakan pesawat, memandangkan keadaannya yang sudah sarat.

Masuk wad nak beranak baru ada kekuatan cerita dekat husband. Husband pun menangis tak tahu nak buat apa.

PENGADU

"Nak upah CL (penjaga pantang) tak dapat sebab lari bajet," luahnya lagi.

Lama memendam kesedihan bersendirian, wanita itu berkata dia akhirnya menceritakan kepada suami mengenai kejadian dimarahi ibu mentuanya.

"Masuk wad nak beranak baru ada kekuatan cerita dekat suami. Tapi suami pun menangis tak tahu nak buat apa. Saya menangis nak balik dekat keluarga sendiri," kongsinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan dan memberikan kata-kata semangat buatnya.

KOMEN PANTANG

Netizen turut meluahkan simpati terhadap individu berkenaan.

"Cucu mereka adalah daripada anak perempuan saja. Kalau menantu, tidaklah dilayan dengan ikhlas.

"Kuat sis, bukan awak seorang yang mengalaminya. Pedih dan perit mengenangkan apa yang pernah berlaku. Ini ujian untuk kita terus kuat.

"Cuba minta mak datang ke tempat awak. Belikan tiket flight. Semoga semuanya dipermudahkan," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain