suria

Bayi merengek dalam ‘stroller’, mak ayah berselera isi perut... Pelanggan meja sebelah gelisah, rasa nak tolong dukung

Ibu bapa membawa anak masing-masing menjamu selera di restoran. -Gambar hiasan

SELAIN hidangan yang enak, suasana tenang di sesebuah restoran juga penting dalam menaikkan selera pengunjung.

Namun seorang wanita tidak menyangka dia akan 'dihidangkan' dengan bunyi bising daripada bayi menangis.

Mengimbas kembali insiden itu, dia bagaimanapun terkejut melihat ibu bapa kepada bayi berkenaan tekun menjamah makanan tanpa mempedulikan anak mereka yang diletakkan di dalam kereta sorong (stroller).

Pelbagai juadah menjadi pilihan buat para pelanggan. -Gambar hiasan

"Saya nampak satu pasangan ni. Kedua-dua mereka tengah makan dengan tenang, manakala baby mereka merengek dalam stroller.

"Lama baby tu merengek tapi mak ayah budak tu terus tenang makan, buat tak tahu je anak dalam stroller. Saya yang tak tenang," ceritanya di laman sosial.

Bukan mahu menghakimi, namun dia mempersoalkan tindakan ibu bapa berkenaan membiarkan anak kecil meraung tanpa henti di dalam restoran sehingga menganggu ketenteraman pelanggan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan kafe terpaksa marah 2 budak biadab! Mak ayahnya sibuk selfie, main game... Langsung tak jaga anak

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk gulung tali pancing, bapa abai anak kecil menangis ketika berkelah... Langsung tak toleh, kail lagi penting!

"Sorry kalau judge. Tapi saya tak akan biarkan baby saya merengek lama-lama macam tu," ujarnya.

Ketika kejadian, wanita itu turut berada di dalam restoran yang sama bersama suami dan anak kecil mereka serta keluarga mentuanya.

Serba tak kena jadi mak ayah ye... orang nak makan dengan tenang pun kena judge.

NETIZEN

Namun dia mengambil pendirian untuk menjaga anaknya yang kebetulan sedang tidur ketika itu.

"Masa tu, saya pun tengah pangku baby saya yang sedang tidur, manakala suami dan keluarga makan.

"Boleh je tunggu. Suami suap saya selepas itu," ujarnya.

Ibu bapa seharusnya membimbing anak mereka sejak kecil. -Gambar hiasan

Pada masa sama, timbul naluri keibuannya apabila tangisan bayi di meja pasangan suami isteri itu terus kedengaran tanpa henti.

"Rasa nak pergi angkat baby tu dari stroller, tapi dah ada anak sendiri kat tangan," tambahnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan dan reaksi yang berbeza mengenai luahan wanita itu.

"Saya faham perasaan awak, sebab saya pun jenis tak biar baby saya menangis lama-lama. Kalau dengar baby orang lain menangis rasa macam nak pergi tenangkan pula. Kadang baby bukan nak apa pun, nak duduk dalam dakapan hangat mummy dia je.

"Serba tak kena sekarang jadi mak ayah ye. Orang nak makan dengan tenang pun kena judge. Makan memang literally boleh tunggu tapi kalau memang tunggu lama tapi baby masih merengek? Jadi teruskan saja makan dan handle anak tu kemudian," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain