suria

Hilang ‘selera’ tengok perut buncit isteri hamil, suami pilih langgan pelacur!

Salah satu punca penceraian adalah disebabkan pasangan berlaku curang. -Gambar hiasan

BAGI sesetengah pasangan, kehamilan adalah berita gembira yang paling ditunggu-tunggu selepas sah bergelar suami isteri.

Namun demikian, penerimaan setiap pasangan atau bakal ibu terhadap kehadiran ahli keluarga baharu mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, pengalamannya ketika hamil menghadirkan ujian yang amat berat lantaran dikejutkan dengan kecurangan suaminya.

"Saya dan suami sudah tujuh tahun berkahwin, sekarang saya tengah pregnant enam bulan, anak kedua.

Isu hubungan intim juga menjadi antara penyumbang kes penceraian pasangan. -Gambar hiasan

"Baru dapat tahu suami 'makan luar'. Selama ni setiap kali gaduh dia akan cari dan contact sahaja call girl untuk bertanya pasal harga.

"Tapi kali ni dia betul-betul melakukannya... kali ini dia langgan," tulisnya dalam satu hantaran di sebuah laman grup Facebook.

Wanita berkenaan mendedahkan, sudah dua kali berturut-turut suaminya buat perangai sehingga mengabaikan nafkah batin dengan alasan tidak bernafsu terhadap wanita hamil. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah lali suami curang... Siap bawa skandal balik rumah zina di segenap ruang, atas sofa pun jadi! Kini atur strategi nak cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlantar sakit curang dalam wad hospital, main cinta dengan bini pesakit katil sebelah... Lepas sihat terus cerai isteri!

"Dulu masa pregnant anak pertama pun dia tak sentuh saya bila perut dah nampak," kongsinya lagi. 

Meskipun suaminya tidak pernah culas memberi nafkah setiap bulan, namun wanita tersebut berkata dia sejujurnya tidak sanggup bertahan untuk seorang lelaki yang tergamak melanggan wanita lain demi memuaskan nafsu.  

Tak ada istilah bertahan sebab anak kalau dengan suami langgan pelacur okay.

NETIZEN

"Apa patut saya buat? Patutkah saya mengamuk atau tunggu lepas baby lahir baru minta cerai? Atau bertahan demi anak-anak? 

"Tolong, saya betul-betul buntu. By the way, saya ada kerjaya sendiri dan bukan housewife," ujarnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang simpati warga maya, namun rata-ratanya menyarankan supaya wanita berkenaan 'angkat kaki' dan mencari bahagia sendiri, di samping mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi di kemudian hari. 

Rata-rata netizen menyarankan supaya wanita berkenaan memfailkan penceraian.

"Ada kerjaya sendiri kan? Gerak je kak. Bukan nak sokong penceraian, tapi dah nampak laki akak tu tak guna. Dia boleh anggap zina tu perkara biasa ya?

"Tak ada alasan yang boleh diterima otak apabila kata tak ada selera dekat bini sedang pregnant. Dah tentu-tentu hukumnya haram.

"Dah main langgan-langgan ni risiko tinggi bawa penyakit. Sayang diri sendiri dulu sis. Tak ada istilah bertahan sebab anak kalau suami langgan pelacur okay.

"Pergi check kesihatan dulu sis, lepas tu minta guide daripada peguam atau dekat mahkamah apa perlu buat kalau nak cerai," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia