suria

Makanan tak sedap... Pelanggan sound ‘owner’ kedai, kutuk dalam Google reviu! Puas berjaya dapat ‘refund’

Makanan atau servis restoran yang kurang memuaskan akan mendapat ulasan negatif pelanggan. -Gambar hiasan

PENILAIAN yang baik daripada pelanggan sangat penting kepada peniaga dalam usaha meningkatkan jualan.

Lebih-lebih lagi ketika era digital, kuasa tular sememangnya mempercepatkan lagi berita baik atau buruk peniagaan kepada orang ramai.

Seorang pelanggan berkongsi pengalaman mendapatkan semula bayaran selepas makan di sebuah kedai yang mana makanannya didakwa mahal dan tidak sedap.

Pelanggan berkongsi kaedah meminta pulangan bayaran.

Pelanggan berkongsi kaedah meminta pulangan bayaran.

Menu yang dipesannya adalah dua nasi putih, daging masak kerah, mihun sup kosong, telur dadar, air tembikai, air epal dan pulut mangga.

"Jumlahnya RM48.40. Aku bayar dan balik sebab dah Maghrib. Sebelum masuk kereta kat tempat parkir, pemilik kedai tu pun berjalan menuju ke kereta dia. 

"Dia letak sebelah kereta aku. Aku cakap kuat-kuat dekat bini, makan tadi tak sedap. Mahal. Dia pandang aku. Aku pandang dia. Lepas tu masing-masing berlalu pergi," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Diam-diam kau curi duit!” - Pelanggan teraniaya bersuara, jurujual kedai pakaian genapkan 5 sen tanpa kebenaran

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan malas ‘scan’ QR tapi nak tahu menu... Pelanggan kecewa pelayan kedai enggan ambil pesanan, persoal tujuan caj perkhidmatan

Katanya, dia kemudian membuka aplikasi Google Maps dan membuat penilaian terhadap restoran berkenaan untuk memuaskan hatinya.

"Jangan pergi kedai ni, mahal tak padan dengan rasa. Rasa biasa, kualiti biasa tapi harga mahal.

"Order makan lambat sampai. Kiri kanan kedai bau tong sampah. Semoga cepat bankrap ya," tulisnya dengan turut memberi penilaian satu bintang.

Tak sedap review je macam biasa tak perlu doakan cepat bankrap.

WARGA MAYA

Lelaki itu tidak menyangka penilaian itu dibaca pemilik restoran yang memaklumkan sedia memulangkan wang seandainya makanan tidak sedap.

"Makanan tak sedap boleh ganti baru ye encik. Kalau rasa tak boleh makan langsung tak payah bayar tapi tolong jaga kata-kata yang keluar dari mulut.

"Sebab menyakitkan hati orang lain lebih teruk dari rasa makanan yang tak sedap. Kalau nak refund WhatsApp nombor pada bio," balas pemilik kedai.

Pelanggan itu kemudian menghubungi pemilik menerusi WhatsApp dengan menyertakan sekali kod QR. 

Reaksi netizen

Reaksi netizen

"Mereka pulangkan balik duit aku. Aku pun terus padam review aku kat Google Maps tu. Dua kali puas hati. Settle," katanya.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang kurang bersetuju dengan tindakannya.

"Dah tahu sengkek tapi nak makan kat luar. Hodohnya perangai.

"Betul tiada adab. Dah masuk perut pun. Tak sedap review je macam biasa tak perlu doakan cepat bankrap," kata warga maya.

Ada juga yang menyokong tindakan lelaki itu kerana ia sebagai pengajaran kepada peniaga.

"Mantap bang. Ni ja cara ajar orang macam ni. Puas hati.

"Mesti hari ni tukang masak bawa buku resipi," kata netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain