suria

Lelaki cabut lari ketika ‘first date’! Wanita kena bayar bil makan, balik sendiri - “Dah bagitau saya ni gemuk”

Wanita berbadan gempal juga berhak untuk dicintai dan dilayan dengan baik. -Gambar hiasan

WANITA berbadan gempal sering berdepan dengan layanan berbeza dalam banyak aspek kehidupan, termasuklah ketika mencari cinta. 

Situasi ini timbul disebabkan masyarakat cenderung meletakkan standard kecantikan yang tidak adil, menyebabkan mereka kurang dihargai seperti wanita bertubuh langsing.

Di TikTok, seorang wanita berkongsi pengalamannya yang dilayan teruk oleh lelaki gara-gara keadaan fizikalnya.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Wanita dinasihati agar berhati-hati sebelum keluar dengan lelaki yang dikenali melalui internet. -Gambar hiasan

Menerusi hantaran tular itu, pengadu berkata dia berkenalan dengan lelaki tersebut menerusi sebuah aplikasi temu janji.

"Saya pernah pergi Bumble date dengan seorang lelaki ini, dah beritahu yang saya ini gemuk dan buruk tapi dia tetap berkeras nak jumpa. Saya setuju dan dia jemput saya.

"Kemudian dia cadangkan kami pergi makan tengah hari di sebuah kafe. Masa nak pesan makanan, dia tanya saya ada duit tunai tak sebab kedai itu terima duit tunai saja. 

Lepas makan saya pergi ke tandas, bila keluar, dia dah tiada.

WANITA GEMUK

"Dia tak bawa duit. Jadi saya gunakan RM100 yang ada untuk bayar makan kami berdua dan tinggallah baki RM20," tulisnya memulakan cerita.

Menurut wanita itu, semuanya berjalan lancar sepanjang pertemuan, namun lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri ketika dia ke tandas selepas mereka menjamu selera.

"Lepas makan saya pergi ke tandas, bila keluar, dia dah tiada. Saya hubungi banyak kali tapi tak diangkat. Apa yang saya mahu cumalah balik ke rumah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai followers, kecaman pun banyak... gadis berbadan ‘comel’ tak akan berhenti main TikTokARTIKEL BERKAITAN: Wanita gempal berjaya kurus lepas dihina, puas hati kini penghina pula stres sebab gemuk

"Saya tunggu sampai 40 minit dan putus asa. Saya guna baki RM20 untuk bayar Grab. Aku doakan kau tak tenang," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa berang terhadap tindakan lelaki itu.

Malah, netizen turut berkongsi tip di ruangan komen agar kaum Hawa lebih berhati-hati untuk keluar bertemu lelaki pada masa akan datang.

Sporty woman showing big pants and holding scales outdoor. Weight loss concept

Kebanyakan wanita pasti mengimpikan tubuh langsing. -Gambar hiasan

"Tip pergi date dengan seseorang yang awak tak pernah jumpa, jangan biar dia ambil awak. Pergi dengan kenderaan sendiri.

"Sebelum keluar date, pastikan dah lama chat, bukan kenal kejap terus jumpa. Biar ambil masa, memilihlah sikit.

"Tak baiknya buat macam tu. Kalau betul tak suka pun, dah kau ambil, kau hantarlah balik," tulis beberapa netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain