suria

Bekas pelajar cemerlang tak kejar gaji besar, rela berhenti kerja jaga anak-anak - “Hidupku tenang di rumah”

Ramai wanita menyimpan impian untuk berhenti kerja dan bergelar suri rumah demi menjaga anak-anak. -Gambar hiasan

SEJAK dulu lagi, kita sering beranggapan kanak-kanak pintar akan mendapat pekerjaan yang bagus selepas menamatkan pengajian.

Namun realitinya tidak semudah itu kerana setiap individu melalui liku-liku yang berbeza dalam kehidupan mereka.

Di TikTok, seorang wanita turut meraih perhatian ramai selepas berkongsi tentang perjalanan hidupnya.

Children looking for porn sites on tablet.

Tuntutan kerjaya menyebabkan anak-anak terpaksa ditinggalkan kepada pengasuh. -Gambar hiasan

Di sebalik keputusan cemerlang sejak sekolah hingga ke universiti, dia kini hanya duduk di rumah untuk menjaga anak-anak.

"Daripada tadika sampai ijazah jarang sekali tak dapat straight A. (Saya) pelajar cemerlang, sering dijangka dapat kerja yang bagus-bagus.

"Tapi rupanya Allah menetapkan hidupku tenang-tenang di rumah, dengan anak-anak. Dianugerahkan hati yang merasa cukup dengan rezekinya," tulis wanita itu.

Allah tahu saya tak mampu nak hadapi stress kehidupan dewasa... hidup di rumah lebih tenang.

WANITA TIKTOK

Tambahnya lagi, dia menerima segala ketentuan Allah dan bersyukur dapat hidup tenang tanpa tekanan seperti yang dilalui insan lain.

"Sudah berdamai dengan takdir selepas beberapa tahun mencuba. Allah tahu saya tak mampu nak hadapi stress kehidupan dewasa. Hidup di rumah lebih tenang," tulisnya lagi.

Perkongsian video yang dimuat naik wanita itu hingga kini meraih hampir 40,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah ‘burn out’, hanya mampu meraung dalam kereta disaksikan anak kecil... Fikiran teringat ibu di kampungARTIKEL BERKAITAN: Jadi suri rumah sepenuh masa, wanita akui hilang keyakinan diri... Takut-takut nak bersosial risau nampak bodoh

Rata-rata netizen mengakui cemburu dengan kehidupan wanita itu kerana dia tidak perlu berdepan dengan kerenah manusia di tempat kerja.

Malah, netizen berkata anak-anak wanita itu juga beruntung kerana membesar di tangan ibu tanpa perlu dihantar kepada pengasuh.

"Beruntungnya awak. Kami yang bekerja ni bergelut dengan alam pekerjaan. Apa yang awak nikmati sekarang adalah impian kami. Menghadapi manusia toksik di pejabat, stres itu bukan main-main.

Pic of kids with better food as well balance food where have vege, rice, egg and fruits, for News page one story on malnutrition kids as eating habbits. -—KAMARUL ARIFFIN/The Star

Setiap ibu pastinya mahu meluangkan masa dengan anak sebanyak yang mungkin. -Gambar hiasan

"Sekarang yang berpendidikan tinggi ramai jadi suri rumah termasuk saya.

"Lagi elok kot dijaga oleh ibu yang berpendidikan, boleh ajar anak-anak sendiri.

"Alhamdulillah, beruntung anak-anak yang dibesarkan oleh ibu yang berpelajaran," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia