RAMAI anak-anak yang teruja apabila sesi akademik 2025/2026 mula dibuka pada pertengahan Februari lalu.
Mereka bukan sahaja dapat bertemu kembali rakan-rakan selepas bercuti panjang, malah segelintirnya turut mengejar jawatan dan pangkat di sekolah seperti ketua kelas dan pengawas.
Bagi seorang ibu, berita mengenai pelantikan anaknya sebagai pengawas di sekolah bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Ramai mengimpikan jawatan pengawas di sekolah. -Gambar hiasan
Mana tidaknya, baru sahaja berhabis membelikan pakaian seragam untuk anak, kini perlu membeli set pakaian lain bagi memenuhi keperluan jawatan disandang.
ARTIKEL BERKAITAN: Kakak merajuk, kecewa ibu tiada duit beli baju sukan RM25... Malu kawan-kawan bayar dulu - “Mama cakap pun tak jawab”
ARTIKEL BERKAITAN: Menjelang Aidilfitri, penggal baharu persekolahan... Peguam dedah ada bapa culas bagi nafkah, suruh anak pakai baju sekolah masa raya
Wanita itu turut mendakwa warna baju pengawas di sekolah anaknya berbeza dengan kebanyakan sekolah hingga menyukarkan pencapaian baju berkenaan.
"Kenapalah buat baju pengawas sekolah yang agak membebankan dan kos tinggi, sudahlah warna rare, vest dan seluar warna turquoise, tali leher ungu.
"Kena pergi kedai kain. Kena tempah lagi, tinggi kosnya," luah seorang ibu di laman sosial.
Kena tempah lagi, tinggi kosnya.
IBU
Wanita itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada anaknya itu belajar di sekolah rendah atau menengah, serta kos bagi membeli baju pengawas baharu.
Mengeluh mengenai perkara itu, wanita tersebut mengharapkan baju pengawas anaknya itu mudah didapati secara dalam talian.
Kos tambahan diperlukan untuk menggantikan pakaian seragam sekolah. -Gambar hiasan
"Kalau senang macam beli je di Shopee kan lebih mudah. Tidaklah terasa sangat nak keluarkan bajet, atau rasa berkira sangat," ujarnya.
Malah si ibu turut mendedahkan mereka sekeluarga akan berpindah sekali gus bakal menyaksikan anaknya juga bakal bertukar ke sekolah lain.
Namun wanita itu tidak menjelaskan sama ada mahu meminta anaknya menolak tawaran memegang jawatan pengawas atau tidak.
Sebaliknya, dia hanya menegaskan membeli pakaian seragam lain untuk jawatan baharu itu disifatkan sebagai membazir kerana baju sekolah sedia ada baru dipakai sejak dua minggu lalu.
"Kita ni sudahlah lagi sebulan nak pindah, sekadar nak buat pakai lapan kali je dalam sebulan bersekolah... itu yang rasa bazir je," luahnya lagi.