suria

Wanita batal pesanan lepas tiga hari berturut-turut buli abang kurier! Suruh COD tapi keluar rumah, duit pun tak tinggal

Menghantar barang atau makanan antara pekerjaan menguji kesabaran. -Gambar hiasan

SERVIS menghantar pelbagai barangan termasuk makanan sudah menjadi satu keperluan bagi melancarkan kehidupan harian.

Kebiasaannya perkhidmatan ini digunakan kerana ia diyakini lebih cepat, lebih selamat dan boleh dipercayai.

Namun bagi pekerja kurier, mereka berdepan dengan pelbagai kerenah daripada pelanggan yang menguji kesabaran.

Seorang lelaki memaklumkan kaedah pembayaran secara tunai semasa serahan (COD) adalah perkara yang tidak disukai pekerja kurier.

Perbualan antara pekerja kurier dan pelanggan.

Perbualan antara pekerja kurier dan pelanggan.

Berkongsi tangkap layer perbualan bersama pelanggan, pekerja itu mendakwa tiga kali 'disidai' oleh pelanggan yang sama.

"Hantar esok bang, lupa tinggal duit pula. Saya kat luar ni," demikian menurut mesej pelanggan itu selepas dua jam 30 minit menerima notis pemakluman bahawa proses penghantaran sedang dibuat.

Bagaimanapun difahamkan ketika itu pekerja penghantaran tersebut sudah hampir tiba ke kediaman pelanggan dan terpaksa beredar dengan hampa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pening layan kerenah pelanggan COD, abang kurier pandai-pandai genapkan harga... Bukan kedai runcit sentiasa ada duit ‘pecah

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kurier merungut, minta hapus kaedah COD... Geram pembeli banyak songeh! - “Aku nak balik cepat”

Pelanggan itu memintanya datang keesokan harinya.

Keesokan harinya, pelanggan itu mengulangi perkara yang sama dengan memaklumkan dia tiada di rumah kerana keluar bekerja.

"Alamak saya dah pergi kerja. Esok boleh tak bang? Rumah tak da orang, esok serius saya ambil," katanya.

Hari ketiga, pelanggan itu bukan sahaja tiada di rumah tetapi membatalkan terus pembelian dengan alasan belum menerima gaji.

Tu belum lagi beli 10 barang COD, lepas tu dia ambil satu je.

NETIZEN

"Kalau tak ada duit jangan beli. Jangan janji, jangan susahkan orang. Sila hadam kak!" kata pekerja berkenaan.

Netizen yang membaca perkongsian itu memaklumkan kaedah COD memang menyusahkan pekerja kurier.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Tu belum lagi beli 10 barang COD, lepas tu dia ambil satu je daripada 10, barang lain dia cakap bukan dia pesan. 

"Ada sorang ni orang dah tercegat depan pintu dia boleh cakap takde kat rumah. Dah pintu rumah terbuka suruh datang esok," kongsi warga maya yang mungkin turut bekerja dalam bidang yang sama.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain