suria

Tengok harga pasaran, wanita tak cadang beli baju raya... Anggap tak siapa pun peduli jika pakai pakaian lama

Segelintir individu memilih untuk mengenakan pakaian raya tahun sebelumnya untuk berjimat. -Gambar hiasan

MEMASUKI minggu kedua Ramadan, sudah ramai yang mula membuat persiapan menyambut Aidilfitri, antaranya menyediakan baju raya.

Namun seiring peredaran zaman, harga baju raya juga meningkat dengan mendadak, menyebabkan ramai individu terpaksa membuat pertimbangan lebih teliti dalam memilih pakaian yang sesuai dengan bajet masing-masing.

Bayangkan harga sepasang baju raya orang dewasa saja sudah melebihi RM200 malah ada yang hampir mencecah RM1,000, pastinya 'rabak' poket apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Last minute shopping for Raya at Penang Bazaar in George Town, Penang road.( April 9, 2024.)¡ªCHAN BOON KAI/The Star

Ramai yang sudah mula membeli baju raya bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi. -Gambar hiasan

Seorang wanita yang termasuk dalam golongan terkesan dengan harga tidak masuk akal baju raya bercadang untuk memakai semula (recycle) persalinan tahun-tahun sebelumnya pada Aidilfitri kali ini.

"Tahun ni ramai ke yang pakai baju raya tahun-tahun lepas? Nak survey, kot tak ada, malu kalau saya seorang je. 

"Rasa bazir... tak ada siapa peduli pun kan baju kita sama, colour ke apa," tulisnya pada satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak jumpa baju raya murah, kecewa harga lebih RM300 sepasang... Pelik ramai sanggup buat ‘installment’ demi nak melaram

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi beli baju raya balik ‘tangan kosong’, terkejut semua harga cekik darah walau rekaan simple - “Bukan main mahal, kalah pengantin”

Wanita tersebut turut mendedahkan 'strategi'nya agar baju raya yang dipakai tetap kelihatan seperti pakaian yang baru dibeli.

"Saya selang-selanglah, hari kelima punya baju bawa ke hari pertama. Tukar-tukar je. (Yang penting) kita raikan kemeriahan Aidilfitri," tulisnya lagi.

Saya tiap-tiap tahun recycle baju sama. Gambar nampak warna lain sebab edit je color

NETIZEN

Ternyata bukan hanya dirinya seorang yang berpandangan sedemikian, malah ramai juga warga maya turut memberikan respons positif terhadap pendekatan tersebut. 

Kebanyakan mereka berpendapat bahawa perayaan Aidilfitri sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan dan bukannya terlalu fokus kepada penampilan semata-mata.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Untuk hari pertama Syawal, saya dan keluarga memang akan pakai baru sebab sunah. Baju baru pun tak mahal. Hari kedua dan seterusnya, kami pakai baju tahun-tahun lalu.

"Saya tiap-tiap tahun recycle baju sama. Gambar nampak warna lain sebab edit je color

"Bulan 12 tahun lepas adik kawin. Tema maroon. Jadi raya ni pakai balik baju maroon tu," demikian antara komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain