suria

7 beradik dihalau dari rumah terhutang budi famili Melayu bagi tempat tinggal ‘free’, uncle Cina selalu belanja barang dapur

Sejak kecil kita dididik untuk bersatu-padu dan saling membantu tanpa mengira kaum dan agama. -Gambar hiasan

RAKYAT Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap baik hati, pemurah dan sentiasa ingin membantu orang lain.

Realiti ini dilalui sendiri oleh seorang individu berbangsa India yang berkongsi kisah tentang bagaimana keluarganya dibantu oleh orang Melayu dan Cina pada tahun 90-an.

Menerusi hantaran tular di TikTok, dia mengimbas semula kisah keluarganya yang hidup dalam kemiskinan sehingga pernah dihalau dari rumah.

Selain keluarga, jiran merupakan insan yang terdekat dengan kita. -Gambar hiasan

Selain keluarga, jiran merupakan insan yang terdekat dengan kita. -Gambar hiasan

"Kami adik-beradik tujuh orang, mak kerja kilang saja. Dihalau tuan rumah sebab tak bayar sewa. Ada satu keluarga Melayu kesian dengan kami dan bagi duduk rumah kampung secara percuma.

"Hanya kami sahaja keluarga India (di situ). Jiran-jiran Melayu selalu tolong jagakan kami dan selalu juga kami makan kat rumah mereka kalau mak balik lambat.

"Anak-anak pakcik tu suka makan kat rumah kami kalau mak masak kari pedas-pedas. Uncle Cina bawa lori jual ayam dan sayur selalu bagi percuma saja kalau ada yang tak habis jual," tulisnya.

Ada satu keluarga Melayu kesian dengan kami dan bagi duduk rumah kampung secara percuma.

PEMILIK TIKTOK

Menerusi hantaran sama, dia turut bercerita mengenai seorang individu dikenali sebagai Haji yang sering membantu keluarganya pada waktu itu.

"Pakcik jiran kami tu semua orang panggil beliau haji. Masih ingat mukanya, berpakaian jubah dan selalu cakap lembut. Tak pernah marah walaupun kami nakal. Dengan anak tak pernah tinggikan suara. 

"Masuk rumah mereka sentiasa rasa tenang. Dia balik surau tak pernah tangan kosong, bawa barang runcit derma kat mak," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita India amal 3 ajaran Islam dalam hidup, ramai terpaku bahasanya secantik senyuman

ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat uncle India cari duit hilang terakam dalam CCTV, resah tak sempat isi minyak - “Dia pusing kereta terus balik”

Perkongsian kisah penuh inspirasi itu menerima lebih lebih 140,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Di ruangan komen, ramai turut berkongsi kisah masing-masing yang mana mereka pernah terhutang budi dengan individu baik berlainan bangsa.

"Dulu abah saya hampir muflis. Ada seorang tauke roti India sanggup tolong abah.

Mendapat jiran yang baik juga dianggap sebagai satu rezeki. -Gambar hiasan

Mendapat jiran yang baik juga dianggap sebagai satu rezeki. -Gambar hiasan

"Saya ada mak angkat dan kakak angkat India yang baik, kakak angkat Cina pun baik.

"Semua agama ajar umatnya berbuat baik sesama insan. Yang mana perangai tak senonoh tu, itu sebab individu, bukannya ajaran agama. 

"Jiran saya India. Masa ibu saya masuk hospital, mereka jaga kami adik-beradik, bagi makan," antara komen netizen.

 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain