HATI ibu mana yang tidak gundah apabila mendapat panggilan telefon daripada guru memaklumkan anaknya ditimpa kemalangan di sekolah.
Itulah yang dialami wanita ini apabila dimaklumkan oleh guru kelas bahawa anaknya jatuh terduduk sehingga mengalami kesukaran untuk bangun, gara-gara kerusinya ditarik oleh rakan.
"Berderau darah dan jantung berdegup laju bila katanya anak sakit nak jalan dan bangun.
"Saya terus teringat kes pernah viral dulu, seorang murid lumpuh kerana kawannya tarik kerusi yang dia nak duduk tu," tulisnya dalam satu hantaran di laman TikTok.
Tanpa berlengah, wanita tersebut segera membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik sebelum perlu merujuk doktor pakar di hospital.
Insiden gurauan keterlaluan boleh menjadi kes buli. -Gambar hiasan
"Doktor (di klinik) cakap imej dekat tulang pinggul ada putih-putih jadi tak berapa jelas dan pasti… jadi kena refer hospital.
"Pergi hospital dan jumpa terus doktor pakar tulang. Buat pemeriksaan lanjut serta pengesahan.
"Alhamdulillah dotor kata tulang anak okay cuma lebam dan bengkak dekat kawasan dia jatuh terduduk tu," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedih anak darjah 2 dibuli rakan sekelas, kena ‘pulau’ sebab tak fasih cakap Melayu... Cikgu tanya pun buat muka ‘blur‘
ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan kerap dibuli rakan sekelas hidap ADHD, budak darjah 2 ‘buka langkah’ taekwondo! Selama ini masih sabar sebab OKU
Meskipun bersyukur anaknya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, namun wanita tersebut berasa ralat kerana ibu bapa kepada murid yang bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa anaknya hanya mendiamkan diri.
"Saya ada beritahu cikgu untuk inform ibu bapa murid tu, maksudnya cuma maklumkan… mungkin dapat nasihat dan berikan peringatan (kepada anaknya) akan risiko gurauan tu.
"Saya faham budak-budak baya anak saya ni masih menjalani proses pembelajaran. Cumanya saya masih menunggu mesej daripada ibu bapa murid tu untuk ucapan maaf atau tanya keadaan anak saya.
Kena adakan ceramah kesedaran di setiap sekolah untuk beri pendedahan serta kesedaran.
NETIZEN
"Bukan niat saya nak dia bayar ganti rugi atau apa. Cuma tanya keadaan atau khabar anak saya seperti orang yang bertanggunjawab," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, warga maya turut meluahkan kebimbangan terhadap kejadian sedemikian yang berkemungkinan berpunca daripada gurauan tanpa niat untuk menyebabkan kecederaan.
Malah ada di antara mereka berkongsi pengalaman anak masing-masing yang pernah ditimpa kemalangan ketika di sekolah.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Anak saya pun pernah kena, katanya kawan bergurau. Seminggu kena, kaki anak kebas. Dah seminggu baru beritahu. Bawa ke hospital, pakar buat MRI. Anak kena slip disc.
"Anak saya masa tadika. Kena cucuk mata dengan pensel. Cikgu tak beritahu. Anak balik mengadu dan mata merah sangat.
"Benda ni kena selalu diberitahu sewaktu perhimpunan.
"Kena adakan ceramah kesedaran di setiap sekolah untuk beri pendedahan serta kesedaran tentang kesalahan sejak dari awal," demikian antara komen netizen.