suria

Ditegur tak masak, isteri terus menangis teresak-esak sambil berdoa - “Dia kata nak mendidik je”

Seorang wanita ditegur suami kerana tidak memasak di rumah. -Gambar hiasan

DALAM kehidupan berumah tangga, komunikasi serta sikap saling memahami antara suami isteri adalah kunci utama bagi mengekalkan keharmonian.

Namun, tidak semua pasangan mampu mengekalkan keseimbangan ini, terutama dalam hal tanggungjawab harian.

Begitulsh dialami seorang wanita yang meluahkan rasa sedih selepas ditegur suaminya kerana tidak memasak.

Seorang suami perlu membantu isteri menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan

Seperti yang dikongsikan di media sosial, wanita itu berkata dia berasa kecil hati apabila suaminya mengungkit mengenai perkara tersebut.

"Laki aku ungkit pasal aku tak masak semalam. Terasa betul dibuatnya. Doa sambil nangis-nangis, tiba-tiba laki aku buka pintu. 

"Dia nampak aku melalak masa doa, terus dia pujuk. Katanya dia cuma tegur untuk mendidik, bukan untuk buat aku sedih," luah wanita itu.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen kerana ramai yang bersimpati dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi nasi ayam! Isteri merajuk tak mahu masak untuk suami, makin tawar hati dibandingkan pula dengan mentua

ARTIKEL BERKAITAN: “Lapar sangat ke, mati kalau tak makan?” - Isteri tahan malu, suami marah depan orang ramai lepas minta beli snek kentang

Malah, jika diteliti di ruangan komen, ada juga yang mempertikaikan sikap si suami yang dikatakan tidak memahami keadaan isteri.

Sebilangan besar netizen beranggapan bahawa memasak bukanlah kewajipan seorang isteri semata-mata, sebaliknya tugas yang boleh dikongsi bersama.

"Celah mana yang mendidik kalau ungkit isteri tak masak? Hello, tak dosa pun bini tak masak. Ingat tak penat ke? Kenapa tak suami sendiri yang masak atau ajak makan di luar?

Tak kasihan ke suami balik penat, berkeringat, pergi dapur tengok tak ada makanan? 

NETIZEN

"Kalau lapar, masaklah sendiri. Akal ada, tangan kaki pun ada, bukan OKU (kurang upaya). 

"Memasak bukan tugas isteri saja. Siapa pun boleh masak. Dalam Islam pun tak wajibkan isteri masak," tulis beberapa netizen.

Namun, ada juga yang berpandangan bahawa isteri sepatutnya berkomunikasi lebih awal jika tidak mahu memasak.

Hal ini kerana, wanita itu berhak untuk bersuara dan bukannya berdiam diri sehingga suami terkejut apabila tiada makanan di rumah.

Komen netizen di media sosial memberi respons.

"Lain kali bagitahu awal-awal kalau tak nak masak. Tak kasihan ke suami balik penat, berkeringat, pergi dapur tengok tak ada makanan? 

"Aku... kalau malas, terus cakap awal-awal. Suami pun akan faham dan cari alternatif lain.

"Kalau tak larat masak, cakap saja dengan suami. Boleh minta dia masak atau beli makanan di luar. Bukan tiba-tiba menangis dan buka aib suami macam salah besar sangat," kata beberapa netizen lain lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain