suria

“Nak jadi bini kena bijak” - Wanita puas hati dapat beli baju raya sendiri RM400 sepasang, suami punya RM60 je

Orang ramai mula membuat persiapan dengan membeli baju raya menjelang Aidilfitri. -Gambar hiasan

PERSIAPAN menyambut hari raya termasuk membeli baju baharu menjadi antara perkara yang ditunggu-tunggu setiap kali menjelang Aidilfitri. 

Namun, kisah seorang wanita yang membeli baju raya untuk diri sendiri berharga lebih RM400, sementara baju suaminya hanya RM60 mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial, wanita berkenaan dengan selamba berkongsi bahawa dia lebih mengutamakan bajunya sendiri dan memilih pakaian yang lebih murah untuk suami.

Seorang wanita dikecam kerana harga baju raya dibeli. -Gambar hiasan

"Beli baju raya sendiri harga lebih RM400. Lepas tu cari baju raya suami harga RM60 je. 

"Rasanya kalau ada lagi yang murah, mesti akan belikan yang murah tu. Nak jadi bini, kena bijak," katanya dalam nada berseloroh.

Namun, tindakan wanita tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen kerana menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak adil.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita akur baju raya mahal ada ‘demand’, ramai sanggup berhabis rai Aidilfitri

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok harga pasaran, wanita tak cadang beli baju raya... Anggap tak siapa pun peduli jika pakai pakaian lama

Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap si suami kerana perbezaan harga pakaian begitu ketara.

"Maaf tapi tak berapa bijak sebab suami yang sediakan semua untuk kita. Jadi apa saja dia nak, beli je. Masa raya biasanya baju Melayu RM200 macam tu je, RM60 mesti kain murah.

"Kasihan suami tu. Kecuali la isteri yang belikan baju suami. Kalau guna duit suami untuk beli baju suami isteri, memang kasihan," komen beberapa netizen.

Kasihan laki tu, saya ni nak beli baju sendiri mahal-mahal pun rasa bersalah.

NETIZEN

Ada juga netizen yang tertanya-tanya sama ada tindakan wanita tersebut benar-benar disengajakan atau sekadar gurauan.

"Ini betul ke main-main? Kalau betul, kasihan gila laki tu. Saya ni nak beli baju sendiri mahal-mahal pun rasa bersalah. Ambil yang murah je. Yang suami tak apa la mahal sebab duit dia," ujarnya.

Menyedari perkongsiannya mendapat reaksi negatif, wanita berkenaan tampil menjelaskan sebab mengapa dia membeli baju raya yang lebih murah untuk suaminya.

Menurut wanita tersebut, suaminya sendiri yang meminta agar dibelikan baju murah kerana mahu menggunakan bajet sedia ada untuk membeli dompet baharu.

Komen netizen di media sosial.

"Suami sudah pesan, dia nak baju Melayu yang murah sebab tahun ni dia nak guna duit untuk beli wallet... jadi kita cari la yang terpaling murah.

"Suami saya tak nak berbelanja lebih untuk baju Melayu sebab dia akan pakai sekali je. Nanti dia cari baju kasual untuk jadikan baju raya.

"Selalu baju yang kasual dia akan beli sendiri dan lebih mahal daripada baju saya yang RM400 tu," jelas wanita berkenaan dalam balasan kepada salah satu komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain