suria

Suami dingin lepas kahwin, nak ucap ‘birthday’ pun susah... Isteri mula menyesal, kecewa tak dapat perhatian - “Bukan minta berlian pun”

Seorang isteri mahu hari ulang tahun kelahirannya diingati suami. -Gambar hiasan

SUDAH berkahwin bertahun-tahun tapi dalam diam selama ini si isteri makan hati berulam jantung.

Mana tidaknya, setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahirannya, si suami seperti 'tunggul' tanpa melakukan sesuatu yang menggembirakannya.

Mungkin nampak kecil atau remeh bagi segelintir orang, namun sebagai isteri tentunya dia mahu dihargai suami sendiri pada hari istimewa itu.

Perubahan sikap suami menjadi persoalan seorang isteri. -Gambar hiasan

"Dah nak masuk lima tahun kahwin. Kalau terasa hati, diam. Diam berhari-hari pun dia tak kisah. Nak dengar kata maaf jauh sekali.

"Birthday kita langsung tak wish. Buat macam tak ada apa. Anniversary jauh sekali," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Terus meluahkan isi hati, wanita itu menegaskan bahawa bukan majlis kejutan mahupun hadiah mahal yang diimpikannya setiap kali hari ulang tahun kelahirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bawah perut rasa sakit sangat” - Wanita sarat hamil paksa diri masak juadah berbuka, kemas rumah… Suami jadi ‘tunggul’ khusyuk main game

ARTIKEL BERKAITAN: Sangka ada kejutan ‘anniversary’, rupanya pergi main takraw... Isteri makin kecewa suami balik tangan kosong - “Ingat ada kek sepotong”

Namun, apa yang dia harapkan daripada suaminya adalah ingatan pada hari-hari istimewa termasuk ulang tahun perkahwinan mereka.

"Bukan minta berlian pun. Cuma kadang nak perhatian. Kadang rasa menyesal kahwin.

Kalau setakat nak hidup biasa macam tak ada pasangan, baik tak payah kahwin.

ISTERI

"Bukan hamak (hadap) sangat pun dengan birthday. Cuma itulah, suami kita kot. Sekurang-kurangnya kita jangka dapat ucapan hari jadi daripada dia," ujarnya.

Lebih terkesan apabila orang lain terutamanya keluarga suami sendiri mengingati hari jadinya itu.

Konflik rumah tangga berlaku disebabkan tiada persefahaman. -Gambar hiasan

"Dalam grup (WhatsApp) keluarga mentua pun beri ucapan sempena hari jadi kita.

"Dia je buat tak tahu. Sampai hati, dah tak ada makna sangat ke kita ni?" soalnya.

Terus mencetuskan tanda tanya, dia tidak pasti punca suaminya itu berubah berbanding sebelum ini yang lebih penyayang.

Namun dia menyedari perubahan itu berlaku selepas mereka menimang cahaya mata kedua.

"Entah la. Sebelum kahwin, elok je. Kenapa lepas kahwin terus berubah. Selepas bersalin anak kedua, terus dia tak hiraukan benda-benda macam tu.

"Kita kahwin seumur hidup. Kalau setakat nak hidup biasa, ibarat macam tak ada pasangan, baik tak payah kahwin," luahnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain