suria

Ibu sakit kepala lain macam, 10 tok bomoh kata kena sihir… Anak-anak makin terkejut lepas jumpa perawat ke-11

Individu berusia akan mengalami banyak penyakit seiring peningkatan usia. -Gambar hiasan

SEBILANGAN masyarakat kita lebih gemar berjumpa dengan perawat tradisional berbanding mendapatkan rawatan moden di hospital.

Malah, golongan ini biasanya akan mengaitkan simptom-simptom penyakit sebagai satu gangguan mistik yang memerlukan rawatan tradisional secara batin.

Di TikTok, seorang perawat turut berkongsi cerita mengenai pesakit warga emas yang dibawa berjumpa dengannya selepas didakwa mengalami beberapa gangguan.

story of on the low medicine drug supply chain. —AZHAR MAHFOF/The Star

Segelintir individu lebih mempercayai bomoh berbanding rawatan moden di hospital. -Gambar hiasan

"Ada satu keluarga datang ke rumah saya, minta bantuan untuk rawat wanita warga emas yang sudah dua hari sakit kepala dan sakit badan. Tak dapat tidur dan meronta sakit.

"Kata keluarganya, mereka bawa si emak pergi berikhtiar hampir 10 tempat rawatan tradisional. Kebanyakan perawat kata terkena sihir buatan orang.

"Sesetengah perawat kata anak sendiri yang buat kerana berebut harta," cerita perawat yang menggunakan akaun TikTok Pusat Rawatan Nur Zikir HQ itu.

Bukan semua penyakit berkait dengan sihir atau saka... jangan percaya bulat-bulat cakap bomoh.

PERAWAT PUSAT RAWATAN NUR ZIKIR HQ

Selepas mendengar cerita tersebut, perawat itu terus memulakan rawatan dan mendapati pesakit berkenaan sebenarnya perlu dibawa berjumpa dengan doktor.

Dia kemudiannya memberitahu keluarga pesakit tentang hal itu dan meminta bantuan seorang rakan doktor untuk merawat warga emas berkenaan.

"Mak mereka memang ada bekas kena sihir. Tetapi sakit yang mak dia rasa sekarang bukannya sihir. Sakit kepala dan badan yang mak dia rasa adalah saraf dalaman kepala serta badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu rampas cinta jurutera kilang, wanita Indonesia ‘tanam’ sihir dalam makanan... Sanggup masak macam-macam!

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia ada kekasih tapi rakan-rakan tak suka! Pemuda rupanya disihir, selama ini bercinta dengan wanita tua

"Saya hubungi sahabat saya, Dr Azim untuk bantu makcik ini dan bawa pesakit ke klinik untk rawatan. Rupanya tekanan darah makcik ni naik.

"Saraf matanya juga rosak. Sahabat saya beri ubat, tambah air dan lepas tiga jam, terus hilang sakit dan kembali sihat macam biasa. Bil klinik cuma RM150," cerita perawat itu lagi.

Dalam hantaran sama, perawat itu mahu orang ramai mengambil iktibar agar tidak mudah percaya kisah-kisah mistik.

An elderly women living on her own at her house in Gombak.(6/7/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Anak-anak perlu menasihat orang tua mereka yang degil untuk pergi berjumpa doktor. -Gambar hiasan

"Bukan semua penyakit berkait dengan sihir atau saka. Jangan percaya bulat-bulat cakap bomoh. Sama-sama jadikan pengajaran kisah makcik ini.

"Semoga tak terjadi pada keluarga kita. Semoga Allah lindungi kita semua," tulis perawat itu lagi.

Untuk rekod, pusat rawatan itu mempunyai cawangan di Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Taiping, Perak.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain