suria

Setiap hari dapat ’selfie’, dikejut bangun sahur… Pemuda tak faham isi hati pengurus satu tempat kerja - “Ini kira hubungan sulit ke?”

Pergaulan dengan rakan sekerja yang berlainan jantina perlu ada batasannya. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 28 tahun buntu apabila hubungan baik dengan pengurus wanita di tempat kerjanya seakan menjurus ke arah yang lebih istimewa.

Jelas pemuda berkenaan, tindak-tanduk serta layanan wanita tersebut terhadapnya dirasakan agak berbeza dengan rakan sekerja perempuan lain.

Berdasarkan perkongsiannya di laman X, wanita berusia 42 tahun itu sering mengambil berat, termasuk mengejutkannya untuk bersahur sepanjang Ramadan.

Kes skandal dengan rakan sepejabat bukan perkara baharu. -Gambar hiasan

"Saya tak tahu la situasi ini dikira hubungan sulit atau tidak dengan pengurus daripada jabatan lain.

"Kami berdua rapat sangat sampai setiap hari berhubung. Selalu dia kejutkan saya saya sahur. Kami mesej macam bercinta walaupun dalam perjalanan nak ke ofis," luahnya yang keliru dengan keakraban yang terjalin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sensasi ‘thrill’, boleh bergaya sakan untuk tatapan si dia... Ini 5 punca ramai pasang skandal di tempat kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Habis waktu ofis, ‘jumpa’ kekasih gelap di ruang chat aplikasi jual beli pula! Acah nak bunuh diri lepas kantoi dengan bini

Tambah lelaki itu, selain mesej dia juga menerima kiriman foto hampir setiap hari daripada wanita berkenaan.

"Masa dia nak balik ke rumah pun dia akan beritahu saya.

"Selalu saya dapat selfie sebelum kami masuk kerja walaupun akan jumpa sebab sama aras di tempat kerja," katanya.

Kalau suka kahwin je la... kalau tak, jangan bagi harapan dan acah-acah skandal pula.

NETIZEN

Dalam pada itu, pengadu tanpa nama ini menjelaskan bahawa wanita tersebut dikatakan sudah bercerai dan mempunyai dua orang anak.

Perkongsiannya itu menarik perhatian ramai, malah netizen turut tampil memberikan pendapat mereka mengenai situasi tersebut.

Komen netizen di media sosial.

"Tak perlu tanya orang lain. Pergi tanya mak bapa awak, mereka okey tak kalau dapat menantu janda yang lagi berusia. Tapi sebelum tu tanya diri sendiri dulu apa yang awak nak sebenarnya.

"Tapi golongan lelaki ni selalu mula-mula je acah tak kisah kalau tak ada zuriat sendiri. Lama sikit nanti mula la meragam.

"Dah rapat macam tu kau acah tak tahu nak label hubungan ni, dasar lelaki. Kalau suka kahwin je la. Kalau tak, jangan bagi harapan dan acah-acah skandal pula. Kasihan mak orang tu," ujar beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain