suria

Anak dah pilih 3 baju raya, isteri masih keluar masuk ‘fitting room’! Staf butik sayu tengok suami setia menunggu

Ramai mula membuat persiapan menyambut 1 Syawal. -Gambar hiasan

DALAM keterujaan umat Islam membuat persiapan menyambut 1 Syawal tidak lama lagi, terselit satu kisah yang menyentuh emosi.

Kisah tersebut diceritakan semula oleh seorang wanita yang bekerja di sebuah premis dekat pusat beli-belah.

Menurut wanita itu, kedai tersebut didatangi tiga sekeluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak perempuan mereka berusia awal 20-an.

Pelbagai rekaan dan warna menjadi tarikan pelanggan. -Gambar hiasan

"Tujuan utama mereka datang adalah untuk menemani si mak shopping baju.

"Sepanjang mereka ada dekat situ, jiwa aku tak berhenti sebak dan sayu," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bercerita lanjut, katanya, ketika si isteri sedang memilih baju dia dapat menyaksikan bagaimana rapat hubungan antara si bapa dengan anak perempuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai naik jelak pergi bazar raya, setiap lorong jual baju sama... Rupanya peniaga pun kena ‘scam’ dengan pemborong

ARTIKEL BERKAITAN: Anak akhirnya dapat tarawih bersama bapa tiri... Dulu disimbah gulai sebab ajak ayah kandung ke masjid

Malah, si bapa turut mahu membelikan baju buat anak gadisnya itu.

"Si ayah tak lekang dari mulut aju soalan 'Adik (panggilan anak) tak nak?' Si anak geleng cakap nak teman mak je. Ayah cakap 'Ambillah dik, cuba je dulu'.

"Tahu-tahu dari mula cuba-cuba, tiba-tiba dah tiga pasang confirm sebab si ayah berkenan tengok anak perempuan dia pakai baju-baju tu," ujarnya.

Betapa lembut dan penyabar si ayah.

STAF

Bagaimanapun, si ibu masih belum membuat keputusan untuk membeli baju yang diingini meskipun sudah mencuba beberapa helai di bilik persalinan.

"Mak belum pun dapat sepasang sebab susah nak decide. Ayah duduk je relaks sabar menunggu.

"Bila mak cakap 'Maaf bang kejap ya, susah nak pilih, tengah fikir'. Si ayah jawab, 'Tak apa, santai-santai je fikirlah dulu'.

"Aku yang duduk kat belakang kaunter terus masuk bilik stock meleleh air mata laju," katanya.

Lelaki juga tidak terkecuali mencari baju raya. -Gambar hiasan

Menurut pekerja wanita itu, kehadiran pakcik itu bersama isteri dan anak perempuannya membuatkan dia tersentuh hati kerana amat merindui arwah bapanya.

"Setiap kali si mak tukar-tukar baju, bila dengar je bunyi si mak buka pintu fitting room, ayah terus bangun dari kerusi dan ajak si anak pergi tengok mak dan beri pandangan.

"Betapa lembut dan penyabar si ayah. Terus buat aku terimbas sifat ayah aku yang juga serupa begitu.

"Terharu, selama ni pelanggan-pelanggan lain pun sweet juga tapi yang ni bersahaja tapi love language ayah tu A+ sebagai suami dan ayah," katanya lagi.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain