SEMPENA kedatangan Ramadan, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berbuka puasa di masjid.
Di sebalik kemeriahan aktiviti penuh berkat itu, timbul pula kisah segelintir individu yang didakwa bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri.
Dakwa seorang wanita di TikTok, dia melihat segelintir individu berebut-rebut untuk mendapatkan juadah berbuka sehingga tergamak memotong barisan warga emas.
Masjid-masjid di Malaysia meriah dengan program iftar sepanjang Ramadan. -Gambar hiasan
"Azan Maghrib baru berkumandang. Jemaah bukan nak solat dulu tapi sibuk cari meja makan. Ada yang siap letak beg besar atas meja, macam 'cop' tempat dulu.
"Paling aku sakit hati, makanan baru dihidang, terus meluru ke depan. Langsung tak peduli orang lain. Ada makcik tua tengah tunggu giliran, selamba dia potong barisan," dakwanya.
Dalam hantaran sama, wanita itu mendakwa wujud individu yang hanya datang ke masjid untuk makan, namun tidak mahu bersama-sama menunaikan tarawih secara berjemaah.
Dalam hati membuak-buak rasa... masjid ni tempat ibadah ke tempat makan free?
WANITA TIKTOK
"Apabila azan habis, ada yang terus suap makanan tanpa solat dulu. Ada yang lepas makan terus balik. Tak tunggu Isyak, tak tunggu tarawih. Aku tengok satu-satu.
"Dalam hati membuak-buak rasa. Masjid ni tempat ibadah ke tempat makan free? Aku faham yang betul-betul susah. Tapi pelik, kenapa makin ramai datang masjid semata-maka untuk makan?" tulisnya lagi.
Menurut wanita itu lagi, dia melihat golongan muda dan berkemampuan turut berebut-rebut untuk mendapatkan makanan infaq yang lebih dikhususkan kepada insan memerlukan.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya menumpang jadi kena sedar diri' – Isteri penat urus rumah mentua, lepas iftar biar pinggan tak cuci
ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua dimaki ‘bodoh’ masa berbuka, wanita baru faham kenapa suami nak jadi lebih baik daripada bapa
"Tapi yang aku tak boleh terima, ada budak-budak muda, sihat tubuh badan, pakaian elok, telefon canggih tapi tetap ambil makanan free. Yang betul-betul susah makan sikit-sikit.
"Yang jenis tak malu ni siap tapau bawa balik. Aku geram. Kalau kau ada tenaga, ada duit, kenapa tak beli sendiri? Kenapa biarkan yang miskin berebut dengan kau?" tulis wanita itu.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen, malah ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan.
Ramai yang tidak melepaskan peluang datang ke masjid untuk solat tarawih. -Gambar hiasan
"Tiada masalah datang cuma nak makan. Sebab duit makan buka puasa biasa orang ramai dah bayar. Rugi apabila ada lebihan sampai kena buang. Pasal solat ke tak, itu urusan dia dengan Allah.
"Aku pun pergi makan je, lepas tu balik. Tarawih di masjid lain.
"Bersangka baik, Allah suruh kita sentiasa bersangka baik, tutup mata dan berhenti menilai," tegur netizen.