suria

Menyampah hadap muka mentua, wanita sanggup kerja di Aidilfitri! Tapi nafkah tak lupa, tetap belikan baju, ‘bank in’ duit raya

Balik ke kampung mentua menjadi igauan ngeri segelintir menantu wanita. -Gambar hiasan

HARI Raya Aidilfitri merupakan waktu terbaik untuk kita saling bermaafan dan mengeratkan hubungan sesama keluarga serta rakan-rakan.

Namun, seorang wanita di TikTok mengakui dia lebih sanggup bekerja pada hari yang mulia itu kerana tidak mahu bersemuka dengan keluarga mentuanya.

Menerusi hantaran tular, wanita dikenali sebagai CT Nurnonoi berkata dia bukan sahaja kurang baik dengan mentuanya, malah turut bermasalah dengan ipar dan biras.

An elderly women living on her own at her house in Gombak.(6/7/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Segelintir menantu wanita kurang rapat dengan ibu mentua. -Gambar hiasan

"Maaf tahun ni aku sanggup tak apply cuti raya. Sebab malas hadap muka mentua, ipar dan biras.

"Aku rela kerja pagi raya. Orang buat kita macam-macam, jadi ini balasannya. Lepas ni kalau mentua marah, aku akan pastikan mentua suami aku pun marah dia balik.

"Biar dia mengadu kat mak dia. Tu balasannya. Ada aku kisah? Kita kasi 'bakar' lagi bagi mereka semua marah," tulis wanita itu.

Rela aku kerja pagi raya. Orang buat kita macam-macam, jadi ini balasannya.

MENANTU TERSAKITI

Luahan hati yang dimuat naik oleh wanita itu menerima hampir 100,000 tontonan.

Menurut wanita itu, dia bukan sahaja dihujani komen netizen, malah ada yang turut menghantar mesej kata-kata kesat kepadanya selepas hantaran tersebut tular di TikTok.

"Terima kasih yang sudi singgah. Rupanya ramai yang senasib dengan saya. Ada yang meluahkan perasaan, ada yang kecam dan ada yang direct message (DM) maki hamun saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita akur baju raya mahal ada ‘demand’, ramai sanggup berhabis rai Aidilfitri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tegur peruntukan duit raya RM50 untuk ibu bapa banyak sangat... Suruh fikir kos balik kampung, beli kuih raya

"Semoga kita kuat menempuhinya. Saya masih taat pada suami dan buat yang terbaik untuk anak-anak. Anak-anak saya makin membesar. Saya tak nak anak-anak saya diperlakukan seperti mana jaterdi pada saya.

Di sebalik luahan penuh emosi, wanita itu berkata dia tetap membelikan baju raya serta mengirim wang untuk mentuanya.

Zahiruddin Akmal bin Zainal, 21yrs helping family business during Raya eve.Starpix by Low Lay Phon.

Kemeriahan raya pastinya lebih terasa jika diraikan bersama keluarga tersayang. -Gambar hiasan

"Walaupun tak balik rumah mentua tahun ni, saya tetap dah belikan baju raya untuk dia dan bank in duit untuk beli barang buat masak-masak, jamu anak menantu. 

"Walaupun marah, bab tu kita tak lupa," jelasnya lagi. Cuma jangan paksa kami untuk beraya dengan dia saja," tulis wanita itu lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain