KETIKA ramai berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf hidup dengan menjana pendapatan lebih, sebenarnya ada juga yang memilih jalan sebaliknya.
Mereka sanggup melepaskan gaji yang lebih tinggi demi mencari kehidupan yang lebih tenang.
Menurut seorang wanita, dia nekad menghantar surat berhenti kerja sebagai eksekutif kanan di sebuah syarikat.
Kepenatan selepas seharian bekerja. -Gambar hiasan
Tanpa berselindung, wanita berkenaan turut mendedahkan dia akan bekerja sebagai kerani di syarikat baharu bermula 1 Mei depan.
"Ramai yang tanya dan persoalkan kenapa saya downgrade daripada eksekutif kanan kepada kerani sahaja. Jawapan saya juga mudah sahaja.
"Bagi saya yang penting adalah keseimbangan hidup dan kerja (work life balance)," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sanggup ‘resign’ walau gaji hampir 10K! Anggap diri bukan isteri baik jika tiada di sisi suami, anak setiap masa
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pelik kerja bidang retail dianggap picisan, dedah hidupnya berduit dan selesa... seorang aunty terdiam dapat tahu gajinya!
Menerusi satu luahan di laman sosial, kata wanita itu, apa gunanya sekiranya kehidupannya hanya dihabiskan dengan kerja semata-mata.
Sudahlah pulang ke rumah lewat malam, kepenatan fizikal dan mental turut dirasainya.
Kalau lama-lama nanti takut sakit mental.
WANITA
"Setiap hari balik lambat, waktu pejabat dari pukul 8.30 pagi hingga 5.45 petang. Tapi setiap hari balik pukul 8 atau 9 malam. Kadang-kadang cecah pukul 12 tengah malam.
"Sabtu dapat rehat sekejap, tapi masih on standby. Ahad masuk kerja. Memang Ahad saya boleh claim, tapi hanya maksimum RM100," katanya.
Kemewahan bukan menjamin kebahagiaan. -Gambar hiasan
Dia bagaimanapun mendakwa tuntutan bayaran kerja lebih masa itu tidak boleh dilakukan pada hari bekerja.
Mengulas lanjut, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa sanggup meletakkan jawatan sebagai eksekutif kanan dan bekerja sebagai kerani.
"Saya pilih untuk downgrade kerana sayangkan diri sendiri. Kalau lama-lama nanti takut sakit mental," jelasnya lagi.
Mengakui pendapatan bulanannya juga terjejas disebabkan pertukaran kerja, namun dia bersyukur kerana masih mampu melunaskan komitmen sedia ada.
"Saya ada satu loan sahaja, iaitu loan rumah. Jadi bolehlah hidup," katanya.