suria

Makcik meja sebelah sedekah sepotong kek waktu berbuka! Penerima geli nak jamah, separuh dah dimakan orang lain

Seorang makcik menjadi perhatian ketika berbuka puasa di sebuah restoran. -Gambar hiasan

KETIKA sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga di sebuah restoran, seorang makcik tak dikenali tiba-tiba datang ke meja untuk memberikan makanan.

Kisah ini diceritakan di laman sosial oleh seorang wanita, meluahkan rasa terkejut dengan tindakan makcik berkenaan.

Namun apa yang paling mengejutkan dirinya adalah penjelasan makcik tersebut selepas menghulurkan sepotong kek untuk dia sekeluarga.

"Tadi berbuka kat luar. Sebelah meja ada buat parti hari jadi.

"Lepas tu ada makcik tu bagi kek. Makcik tu cakap, ambillah kek ni. Belah bawah dah bekas makan (sisa). Belah atas okay lagi," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Kek amat sinonim dengan sambutan hari jadi. -Gambar hiasan

Pemberian kek daripada makcik berkenaan bagaimanapun membuatkan dia sekeluarga kurang selesa untuk menerimanya.

"Makcik tu bagi sepotong kek dalam pinggan, terus letak atas meja. Kira tinggal separuh yang atas tak habis. Belah bawah dah bekas makan.

"Agak-agak kalau korang, makan tak? Niat dah baik bagi kek. Tapi itulah bekas sisa yang tak habis. Kami pun tergamam masa dia beritahu tu," ujarnya mengenai makcik tersebut yang kemudian terus beredar.

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik ‘otai’ masjid berlagak sombong, halau jemaah tengah menyusu anak sebelum waktu berbuka - “Kau pergi hisap tempat lain!”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang mandikan anak di bilik tukar lampin, makcik marah ada wanita lain nak masuk - “Pintu kunci tu ada oranglah!”

Bercerita lanjut, dia menjelaskan sebenarnya masih terdapat lebihan kek sambutan hari ulang tahun cucu kepada makcik itu yang masih elok dan belum terusik.

Namun katanya, hanya sepotong kek yang sudah dijamah diberikan kepada mereka.

Nak bagi kalau tak habis pun biarlah yang elok. Janganlah bagi sisa-sisa.

NETIZEN

"Dia bagi yang tak habis dalam pinggan. Tapi makan bahagian bawah je. Sebab jelas makcik tu cakap, makan belah bawah je, yang atas tak usik.

"Suami pun tak bagi makan. Sebab iyalah, dah jadi sisa mereka kan. Kalau kenal tak apa juga. Walaupun atas tak usik, tapi yang bawah dah jadi bekas makan orang," tambahnya.

Sisa makanan dibuang ke dalam tong sampah. -Gambar hiasan

"Bukan cerewet, dia hanya mahu menegur adab makcik berkenaan memberikan makanan kepada orang lain.

"Memanglah dia sayang kot nak tinggal (terbuang). Kalau nak bagi seeloknya bukan sisa yang dah makan tak habis. Itu macam tak ada adab," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan makcik berkenaan memberikan sisa makanan kepada individu yang tidak dikenali.

"Rasanya dia tak nak membazir la tu, yang tak habis sayang nak buang jadi bagi orang. Pelik-peliklah.

"Maaf tak makan. Kalau nak bagi patut awal-awal dah bagi. Nak bagi kalau tak habis pun biarlah yang elok. Janganlah bagi sisa-sisa, geli.

"Ambil je senyum lepas tu awak tinggalkan atas meja, jangan makan. Niat bagus dah nak sedekah tapi seelok-elok sedekah adalah memberi yang paling terbaik untuk sedekah pada orang," komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain