suria

Mak kuat menyindir, cemburu anak berbuka puasa rumah mentua... Buat-buat lupa giliran sendiri lebih kerap!

Pasangan yang berkahwin ada kalanya menghadapi masalah untuk berlaku adil kepada keluarga sendiri dan mentua. -Gambar hiasan

SETIAP individu yang sudah berkahwin pasti menghadapi cabaran dalam menyeimbangkan layanan antara keluarga sendiri dengan famili mentua.

Disebabkan itu, kebanyakan pasangan memilih untuk mengamalkan prinsip 'bergilir-gilir' setiap kali pulang ke kampung agar dapat bersikap adil.

Namun dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi situasinya yang ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa, gara-gara ibunya meluahkan perasaan kurang senang setiap kali dia pulang ke rumah mentua untuk berbuka puasa.

Berbuka puasa bersama keluarga menjadi salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim. -Gambar hiasan

"Pening dengan mak aku, susah nak terima facts yang aku ni ada family in-law.

"Bulan puasa ni memang bergilir-gilir berbuka puasa dengan keluarga masing-masing sebab family suami aku pun orang sini, dan sebenarnya memang lebih banyak berbuka dengan mak aku.

"Jadi apabila cakap nak berbuka dengan belah suami, dia sentap," tulisnya dalam perkongsian berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat jamah rezeki, gadis kidal sentap mak BF maki samakan dengan najis... Petanda ibu mentua ‘red flag’

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua dimaki ‘bodoh’ masa berbuka, wanita baru faham kenapa suami nak jadi lebih baik daripada bapa

Tambah wanita berkenaan, ibunya siap melontarkan kata-kata berbaur sindiran untuk menambahkan lagi rasa bersalah dalam dirinya.

"Sindir aku, dia kata... nak pergi berbuka hari-hari belah sana pun tak apa.

"Aku ni dah sampai tak tahu nak buat apa. Aku ni kalau pergi rumah dia, dia memang buat muka lepas tu palau aku," tulisnya lagi.

Mungkin boleh bawa mak awak berbuka dengan family suami... sekali-sekala, bukan selalu.

NETIZEN

Perkongsian wanita berkenaan meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut berkongsi situasi yang hampir serupa.

Justeru mereka tampil berkongsi nasihat serta saranan agar wanita berkenaan dapat memelihara hubungan baik dengan ibu sendiri dan keluarga mentua.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Ujian untuk kau tu. Anggap je habit orang tua. Asalkan side kita, kita tak buat apa-apa yang menyalahi agama.

"Atau mungkin awak boleh bawa mak awak berbuka dengan family suami awak? Sekali-sekala, bukan selalu.

"Buat tak tahu je. Susun je plan. Mak bapa belah mana-mana pihak tak boleh paksa apabila kamu sudah berkahwin," demikian antara komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain