suria

Bapa enggan terima hadiah baju raya harga diskaun! Minta anak tak berkira dengan mak ayah

Setiap anak mahu menggembirakan ibu bapa masing-masing menjelang 1 Syawal. -Gambar hiasan

HASRAT seorang anak perempuan mahu menggembirakan bapanya dengan membeli sepasang baju raya nampaknya tidak kesampaian.

Begitulah yang terjadi pada seorang wanita yang membuat persiapan menyambut 1 Syawal tidak lama lagi.

"Kita niat beli baju untuk ayah sebagai hadiah raya tapi ayah 'cop' baju tu baju diskaun. Padahal baju tu kita beli kat bahagian premium, bukan diskaun.

"Lepas tu dia ceramahkan kita, katanya kalau nak beli untuk mak ayah jangan berkira," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bazar Aidilfitri menarik perhatian ramai pengunjung untuk membuat persiapan 1 Syawal. -Gambar hiasan

Situasi yang berlaku itu membuatkan dirinya berasa tersinggung gara-gara dituduh membeli baju raya untuk bapanya pada harga diskaun.

"Tiba-tiba tuduh kita beli baju diskaun. Padahal tak ada pun," ujarnya.

Namun, bapanya kemudian menyedari tuduhan yang dibuat itu sebenarnya tidak berasas.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dah pilih 3 baju raya, isteri masih keluar masuk ‘fitting room’! Staf butik sayu tengok suami setia menunggu

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai naik jelak pergi bazar raya, setiap lorong jual baju sama... Rupanya peniaga pun kena ‘scam’ dengan pemborong

"Ayah minta maaf tapi macam acuh tak acuh, dan masih rasa dia betul.

"Padahal dia yang serkap jarang tuduh kita beli benda diskaun. Tak salah kan sebagai anak, kita rasa kecil hati," soalnya.

Kalau diskaun pun apa masalahnya, boleh berjimat.

NETIZEN

Bukan mahu memperlekehkan bapa kandung sendiri, namun dia hanya meluahkan hati kecilnya yang terguris menjelang 1 Syawal.

Malah katanya, bapanya merupakan individu yang disegani anak-anak kerana membesarkan mereka adik-beradik dengan baik.

Pelbagai baju raya dijual pada harga berpatutan. -Gambar hiasan

"Ayah baik dan beri yang terbaik untuk anak-anak dia. Semua dia bagi yang terbaik. Jadi dia harapkan anak-anak dia buat benda yang sama untuk dia dan mak.

"Tapi itulah, bila dia tuduh kita macam tu kita terasa la. Niat ikhlas nak bagi hadiah," katanya lagi.

Luahan wanita itu turut mengundang kekecewaan dalam kalangan netizen, yang menyifatkan perkara tersebut tidak wajar kerana ia merupakan pemberian ikhlas daripada seorang anak kepada bapanya.

"Sedihnya, sangat sedih. Terasa sampai lubuk hati. Kalau diskaun pun apa masalahnya, boleh berjimat.

"Hanya kerana dia bagi yang terbaik pada anak-anak, dia fikir anak-anak kena balas benda sama. Lagipun apa salahnya kalau baju tu ada diskaun.

"Ayah awak high taste ke? Ada orang memang jenis macam ni. Ayah saya kalau beli kat kedai-kedai biasa pun dia rasa mahal. Tapi dah anak-anak beli, dia memang okey je.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain