suria

Baru anak seorang, rumah tangga suram sebab sikap suami! Isteri rindu zaman ‘bergayut’ lama, bercerita semua benda

Kebanyakan pasangan berubah sikap selepas mempunyai anak. -Gambar hiasan

RUMAH tangga sering diibaratkan seperti sebuah bahtera di lautan luas manakala ombak dan badai menjadi perumpamaan kepada ujian dialami pasangan suami isteri. 

Meskipun ia adalah lumrah dalam pelayaran bahtera perkahwinan, namun kebanyakannya memilih untuk berhenti di ‘pelabuhan’ apabila dilanda ujian atau dalam erti kata lain bercerai.

Perkara sama diluahkan seorang wanita selepas dia tidak lagi berasa gembira dengan kehidupan berkeluarga walaupun baru berkahwin.

Sesebuah keluarga perlu meluangkan masa bersama bagi mengeratkan hubungan kemesraan. -Gambar hiasan

Sesebuah keluarga perlu meluangkan masa bersama bagi mengeratkan hubungan mesra. -Gambar hiasan

“Entahlah nak cakap dengan perkahwinan ni, aku dah lama tak rasa gembira… dia (suami) pun sama walaupun kami ada seorang anak. 

“Rasa macam dah lama tak berborak, aku rindu masa awal kenal dan kahwin dulu. Sanggup bergayut lama-lama dan berkongsi pelbagai cerita. 

“Tapi sekarang dah macam ego, rasa menyesal kahwin pun ada. Dia selalu buat perkara yang menyakitkan hati sampai kita marah,” ujarnya sayu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin muda nak lari dari famili bermasalah, suami pula curang! Wanita akur balik semula ke rumah mak ayah toksik

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tua nak ‘rehat’, suami gaji RM28,000 dapat izin poligami... Malangnya tak jumpa calon nombor 2 - “Testosteron saya tinggi”

Mengimbau kembali momen indah sewaktu bercinta, wanita ini meluahkan rasa rindu dengan kemesraan yang terjalin sehingga membuatkan dia ingin hidup bersama suaminya ketika itu. 

“Rindu pegang tangan, peluk semua. Ada anak lagilah mahu semua tu agar anak pun rasa kasih sayang tapi memang rasa sayang tu sampai sini je. 

“Aku nak dia sebagai ketua keluarga untuk berborak dengan aku, minta aku masakkan macam suami orang lain. 

“Nak rasa pegang tangan dalam pusat beli belah sambil sebelah tangan tolak stroller… pasangan lain boleh je buat,” luahnya lagi. 

Berhenti menduga dan mula meluahkan. Hubungan suami isteri hampir tiada batas zahir dan batin. 

WARGA MAYA

Menurut wanita ini, sikap suaminya juga berbeza apabila bersama dengan ahli keluarga. 

Malah katanya, suami pandai bergurau senda ketika meluangkan masa bersama adik beradik tetapi tidak melakukan perkara sama apabila dengannya. 

“Aku tak minta apa-apa yang mahal pun daripada dia, baju dia dan anak beratus aku beli sebab tak berkira. 

Segelintir warga maya memberi nasihat berhubung isu rumah tangga yang dialaminya.

Segelintir warga maya memberi nasihat berhubung isu rumah tangga yang dialaminya.

“Tapi ucapan 'terima kasih isteriku' pun tak ada. Aku tak harap, cuma teringin sangat dapat macam tu dari suami sendiri atau aku terlalu alpa?” ajunya yang cuba mencari jawapan bagi permasalahan dialami. 

Bukan sahaja sedih dengan situasi dilalui, dia juga pilu mengenangkan nasib anaknya yang terpaksa menjalani hidup dalam keluarga yang tidak harmoni. 

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya memberi nasihat supaya dia cuba mengubah sikap dan tingkah laku terlebih dahulu. 

“Berhenti menduga dan mula meluahkan. Hubungan suami isteri hampir tiada batas zahir dan batin. 

“Saya faham perasaan tu, awak rasa ‘spark’ dah hilang. Apa kata korang keluar dating berdua tanpa anak… pernah berlaku pada saya dan suami juga, paling penting buang ego. 

“Kalau awak nak macam apa yang awak cakap tu, awak mulakan dulu, jangan tunggu suami yang mulakan. Kadang ada lelaki yang lembab bab-bab ni terutama apabila dah jadi suami dan ayah,” demikian antara nasihat yang diberikan warga maya kepadanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain