SETIAP orang pasti pernah melalui episod malang dalam hidup.
Sama ada musibah teruk atau kemalangan kecil, ia pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Begitu juga dengan pekerja khidmat penghantaran (rider) ini yang berdepan satu insiden tak disangka-sangka ketika sedang menunggang motosikal bagi melakukan tugasnya pada Rabu lalu.
Sesiapa sahaja tidak terlepas daripada ujian hidup. -Gambar hiasan
Menerusi hantaran yang dibuat, dia meluahkan rasa geram dan kecewa dengan sikap segelintir individu yang sewenang-wenangnya membuang sampah keluar dari tingkap kenderaan.
Mana tidaknya, baju dan jaket yang dipakainya dipenuhi najis selepas terkena lampin pakai buang bayi yang dicampak keluar oleh seorang penumpang kereta.
Beranggapan dirinya malang pada hari tersebut, lelaki ini turut menyatakan najis berkenaan telah mengotori topi keledar sehingga membuatkan dia tidak dapat meneruskan perjalanan kerana sukar melihat.
ARTIKEL BERKAITAN: Rider lalui hari ‘malang’, serba serbi tak kena dalam sehari... Nak solat pun ada halangan, akhirnya dapat rasai hikmah ujian
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing ditimpa musibah di awal Ramadan... Duit gaji RM1,000 tercicir, selang 2 hari tayar baru pula bocor!
“Hari ni memang hari paling s**l dalam hidup aku.
“Tengah buat Grab, ada kereta ni dengan selamba campak lampin pakai buang bayi keluar macam tu je dari tingkap… baunya memang semerbak kasturi.
“Tak sempat nak kejar kereta tu, tahi melekat dekat visor,” luahnya.
Topi keledar letak kat bakul dan terus kejar sampai dapat nombor pendaftaran kereta. Kemudian lapor polis.
WARGA MAYA
Susulan insiden yang berlaku, dia membuang pakaian yang terkena najis serta merta bagi meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Maklumlah, terkena najis burung pun sudah terasa geli, inikan pula dicampak lampin pakai buang bayi yang dipenuhi najis.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meninggalkan reaksi marah terhadap tindakan tidak bermoral penumpang kenderaan itu.
Beberapa warga maya cuba menghiburnya dengan komen jenaka.
Selain meninggalkan komen jenaka, segelintirnya pula, meminta rider terbabit membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan tegas dikenakan terhadap individu berkenaan.
“S**l kalau kena macam tu, harap si pelaku kena kifarah balik.
“Semoga dugaan bulan puasa ini akan dibalas dengan kebaikan. Harap bersabar dan reda.
“Topi keledar letak kat bakul dan terus kejar sampai dapat nombor pendaftaran kereta. Kemudian lapor polis.
“Sampah kecil macam tisu pun dah nampak hina orang yang buang dari tingkap kereta, apatah lagi besar pampers najis tu… kurang ajar betul,” demikian antara reaksi warga maya.