BERPINDAH ke rumah baharu yang dibeli atas usaha dan titik peluh sendiri pastinya menggembirakan sesiapa sahaja.
Bagaimanapun, seorang lelaki amat kecewa apabila rumahnya tidak seindah diimpikan gara-gara terdapat binaan jiran memasuki sempadan kawasannya.
Berkongsi cerita, ujarnya, bahagian belakang rumahnya telah bersambung dengan tembok rumah jiran.
"Minggu lepas saya dapat panggilan daripada pihak pemaju untuk mengambil kunci.
Jeriji tajam yang menghala ke arah rumahnya.
"Semasa tandatangan dahulu, pemaju tidak memaklumkan bahawa rumah saya akan bersambung dengan tembok rumah orang belakang," ujarnya memulakan cerita.
Mengakui berasa bimbang sepanjang pembinaan dilakukan, dia kemudiannya menjenguk tapak lokasi rumahnya.
"Semasa dalam pembinaan, saya rasa tak sedap hati, saya jenguk tapak pembinaan dan memang benar belakang rumah saya bersambung dengan tembok rumah jiran.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak roboh dapur rumah pusaka, terkejut nampak kayu merah depan rumah... Baru sedar dah lama ‘langgar’ tanah jiran!
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran suka buat ‘kepala sendiri’, luaskan dapur sampai langgar sempadan! Apabila tegur terus nak ‘tabur’ duit, tak fikir isu kemudian hari
"Selepas hampir siap, saya cari plot rumah saya dan ternyata rumah jiran sudah buat beberapa sambungan yang kemungkinan beberapa tahun sebelum kewujudan taman perumahan baru ni," luanhnya lagi.
Memperincikan masalah yang dialami, lelaki ini memaklumkan bahawa jiran bukan sahaja melakukan binaan sehingga tembok rumahnya malah telah memasang 'awning' tingkap kira-kira 60 sentimeter memasuki kawasan kediamannya.
Malah katanya, terdapat jeriji tajam selain dia turut memasang kamera pengawasan.
Beritahu jiran untuk ubah semula binaan dia, kalau dia buat tak endah... laporkan je, hak tuan rumah jangan dinafikan.
WARGA MAYA
"Saya membuat aduan kepada pemaju, tetapi mereka suruh tunggu sehingga rumah siap supaya boleh buaat laporan.
"Sekarang rumah dah siap, kunci je belum ambil... orang lain gembira nak masuk rumah baru tapi saya sedih pula," luahnya lagi.
Berharap supaya tiada perselisihan faham bersama jiran, dia cuba mendapatkan nasihat dan cadangan daripada warga maya.
Antara pandangan yang diberikan warga maya kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa terkejut dengan sikap jirannya yang penting diri.
"Nampak macam salah jiran tu sebab besarkan rumah sampai habis tanah, bukan salah pemaju.
"Beritahu jiran untuk ubah semula binaan dia, kalau dia buat tak endah... laporkan je, hak tuan rumah jangan dinafikan. Tak boleh pakai jaga hati jiran atau tak mahu bermasam muka.
"Sepatutnya sebelum piling lagi pemaju dah roboh binaan yang masuk tanah atau buat tembok lebih tinggi.
"Suruh pemaju selesaikan, jangan terima kunci selagi masalah tak selesai... atau suruh pemaju beli balik rumah tu," demikian antara nasihat warga maya