suria

Wanita jumpa ‘Si Tanggang’ moden dalam pesawat, tiba-tiba jadi ‘batu’ apabila diminta tunjuk pas penerbangan

Masalah yang berlaku di dalam pesawat boleh mengganggu emosi pengembara. -Gambar hiasan

ISU 'curi' tempat duduk nampaknya tidak hanya berlaku di tepi tingkap kerana ia turut membitkan kedudukan lain dalam pesawat.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ketika dia menaiki satu pesawat apabila tempat duduknya yang bukan di tepi tingkap diambil orang lain.

Wanita itu mendedahkan dia ada menegur penumpang berkenaan supaya menunjukkan pas penerbangan (boarding pass) bagi mengesahkan tempat duduknya, tetapi kesal apabila tiada reaksi diberikan.

Tempat duduk di tepi tingkat sering menjadi pilihan ramai. -Gambar hiasan

Menerusi luahannya di media sosial, pengadu melabelkan individu yang hanya diam 'membatu' itu sebagai 'Si Tanggang'.

"Benda yang saya paling pantang, apabila naik kapal terbang... orang duduk tempat saya. Apabila ditanya seat dia di mana, dia buat-buat jadi 'batu'.

"Patut bersyukur la kan, saya tak minta balik seat saya. Si Tanggang ke apa? Tindakan ni menyusahkan," katanya yang merujuk hikayat 'Si Tanggang', mengenai seorang pemuda yang disumpah menjadi batu akibat derhaka dengan ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda disindir lepas minta pulangkan ‘seat’ tepi tingkap, hilang ‘mood’ dengar suara sinis orang belakang - “Kelas ekonomi je pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Demi nak duduk tepi tingkap, mak ajar anak ‘curi’ tempat orang! Pura-pura cari ‘boarding pass’ lepas kru kabin datang

Menurut wanita itu lagi, dia menyarankan mereka yang mahu menempah tiket penerbangan secara berkumpulan seharusnya memilih tempat duduk bersebelahan antara satu sama lain.

"Kalau nak naik flight, pilih seat sebelah-menyebelah dengan keluarga atau kawan. Jangan pula apabila kru tanya tempat duduk, terus diam 'membatu'.

"Ingat kami ada kuasa psikik main teka-teka seat," ujarnya.

Tak ada adab nak minta kebenaran untuk tukar sebelum duduk seat orang.

PENUMPANG WANITA

Lebih menyakitkan hati, katanya sikap mementingkan diri sendiri itu boleh menghalang kelancaran dan pergerakan penumpang lain yang mahu mendatkan duduk tempat masing-masing.

"Lebih-lebih lagi pesawat kecil, mangsa kecurian seat dah kena berdiri tengah aisle (laluan)... ganggu lalu lintas.

"Sudahlah aisle tu sempit, dah sesak pula orang nak jalan masuk pun tak boleh," jelasnya.

Ramai yang teruja menaiki penerbangan. -Gambar hiasan

Tambah wanita itu, dia sebenarnya tidak kisah sekiranya terdapat penumpang lain yang mahu menukar tempat duduk, namun perlu dilakukan secara beradab.

Malah dakwanya, situasi seumpama itu sering terjadi dalam penerbangan tambang rendah.

"Saya tak kisah bertukar tempat duduk, tapi jujurlah dan jangan 'membatu' apabila orang atau kru tanya. Kuno sungguh.

"Tak ada adab nak minta kebenaran untuk tukar sebelum duduk seat orang," katanya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain