suria

Nyah aktif media sosial setiap kali raya, bukan dengkikan orang lain tapi pujuk hati sendiri - “Saya tak ada semua tu”

Tidak semua bernasib baik dikelilingi keluarga ketika menyambut hari raya. -Gambar hiasan

BERBAKI beberapa hari saja lagi sebelum umat Islam meraikan Aidilfitri, pasti ramai terkenangkan nostalgia ketika menyambut kemeriahan hari raya bersama keluarga.

Ketika ramai yang menghitung hari mahu meraikan lebaran di kampung, lain pula kisahnya bagi wanita ini.

Wanita ini berkata, sambutan hari raya ketika ini tidak lagi memberi apa-apa makna buat dirinya selepas pemergian ibu tercinta beberapa tahun lalu.

Mengakui terkesan setiap kali tibanya Syawal, wanita ini bagaimanapun berkata dia mempunyai cara tersendiri untuk mengubati hati iaitu menyah aktif media sosialnya.

Raya lebih bermakna apabila menyambutnya dengan keluarga dan sanak saudara. -Gambar hiasan

"Sejak ibu saya pergi, saya dah tak sambut raya macam dulu. My coping mechanism bila raya menjelma, saya akan deactivate media sosial especially yang ada ramai kawan-kawan dan saudara mara. 

"Terutamanya Instagram. Saya dah buat ni (nyah aktif) bertahun-tahun," tulisnya pada satu hantaran di laman sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak katil masih di ruang tamu, rakaman pemuda lawat rumah arwah ibu buat ramai sedih - “Mak aku selalu duduk sana tu”

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun cuti raya tak lulus, gaji tak pernah naik... Wanita bertahan kerja di syarikat toksik sebab 2 perkara

Sama sekali tidak terdetik rasa dengki melihat kegembiraan orang lain, wanita ini berkata, tindakan tersebut bagi mengelakkan dia bertambah sedih apabila melihat perkongsian kenalannya.   

"Saya bukan dengki, hati busuk tengok orang bergembira di hari raya. Tapi saya tahu, saya sendiri yang sedih bila tengok semua orang ada family, berkumpul, buat persediaan raya dengan mak ayah.

"Sedangkan saya tak ada semua tu. Jadi demi menjaga hati, saya deactivate akaun media sosial saya ketika musim raya," ujarnya.

Saya sendiri yang sedih bila tengok semua orang ada family.

NETIZEN

Tambah wanita tersebut lagi, meskipun sudah hampir dua tahun menetap di luar negara, hatinya tetap terusik setiap kali tibanya Syawal.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang sebak warga maya malah rata-ratanya turut berkongsi kisah sedih yang serupa selepas pemergian insan kesayangan.

Ada yang mengambil peluang bercuti ketika hari raya. -Gambar hiasan

"Ibu saya meninggal dunia lapan tahun lalu. Walaupun beraya juga dengan keluarga mentua tapi feel dia tak sama. Mood raya hampir tak ada, rasa biasa ja. Nak raya okay, tak raya pun okay.

"Saya pun dah tak ada mak, dah empat tahun. Memang tak ada semangat raya. Tutup Facebook. Rindu sangat momen-momen masa arwah mak ada. Dan sudah empat tahun tak upload gambar raya langsung.

"Tak mengapa. Kadang-kadang kita perlu detox daripada media sosial," demikian komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain