TIDAK lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Semestinya ia adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang, terutamanya bagi mereka yang ingin meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ketika inilah ramai yang berkunjung ke rumah saudara mara serta rakan taulan, selain menganjurkan rumah terbuka bagi mengeratkan ikatan silaturrahim.
Justeru dalam situasi seperti ini, ramai yang memilih untuk menggunakan perkakas pakai buang untuk memudahkan kerja selepas majlis, selain lebih praktikal.
Di media sosial, seorang pelayar tampil berkongsi amalan keluarganya yang melarang penggunaan perkakas pakai buang seperti pinggan mangkuk, cawan, sudu atau garpu pada majlis keraian tertentu.
Tradisi kunjung-mengunjung sepanjang Syawal sudah sebati dengan masyarakat di negara kita. -Gambar hiasan
"Ini saya cerita daripada pandangan (POV) ayah saya. Dia pantang kami guna pinggan atau cawan pakai buang apabila nak bagi orang makan. Tak kiralah tetamu beratus pun.
"Kena keluarkan pinggan kenduri tu. Tak apa, upahlah orang untuk mencuci pinggan. Sangat memenatkan. Tapi itu cara beliau nak memuliakan tetamu.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang kawan rapat mak ayah lepak rumah sampai 3.30 pagi, kalau ‘sound’ biadab pula
ARTIKEL BERKAITAN: Dah tumpang bermalam, pandai-pandai je kemas rumah orang! Wanita anggap tetamunya tiada adab, tak hormat ‘owner’
"Tapi ni saya tengok orang lain jemput 10 hingga 20 orang pun pakai pinggan pakai buang. Memang korang okey je ke? Sis dah tua ni rasa macam tak suka dah. Kena proper entertain dengan pinggan cawan elok," tulisnya pada hantaran berkenaan sambil bertanyakan pandangan warga maya.
Bagaimanapun, wanita tersebut berkata dia tidak berniat untuk 'menghakimi' mereka yang menggunakan perkakas pakai buang untuk dihidangkan kepada tetamu, sebaliknya hanya berkongsi 'pantang larang' di dalam keluarganya.
Dah tak boleh dah pakai prinsip begini zaman sekarang. Penat sangat-sangat kalau tak pakai alatan disposable.
NETIZEN
"Kalau tak okay atau okay, bolehlah sertakan dengan alasan. Tak payahlah terasa lebih-lebih dan nak sekolahkan saya pula.
"Saya bertanya je. Bagus yang mana bagi suggestion beli yang elok-elok dan tebal atau beri reasons kenapa tak guna pinggan elok," tulisnya lagi.
Namun perkongsian wanita berkenaan mengundang kecaman rata-rata warga maya yang menyifatkan keluarganya hanya menyusahkan perkara yang boleh memudahkan dengan menetapkan peraturan tertentu.
Malah menurut netizen, setiap keluarga mempunyai pandangan dan kekangan tersendiri dan mereka seharusnya menghormati apa sahaja kemampuan tuan rumah.
Antara komen yang dilontarkan netizen.
"Nak buat rules macam ni, rumah sendiri boleh saja. Bagus untuk kamu dan family. Tapi jangan expect orang lain kena ikut tekak kita.
"Saya tak berapa suka ajak orang-orang yang banyak protokol datang rumah. Sebab risau begini la... kita hidang pinggan plastik pun dia boleh kecil hati.
"Okay je. Pakai pinggan pakai buang sangat memudahkan. Asalkan tercapai matlamat nak raikan tetamu.
"Dah tak boleh dah pakai prinsip begini zaman sekarang. Penat sangat-sangat kalau tak pakai alatan disposable sis. Sekarang orang buat kenduri pun semua buffet," demikian antara komen netizen.