suria

Isteri mengidam nak bau roti baru masak, suami terpaksa hantar ke rumah peniaga... Akhirnya tersenyum duduk depan ketuhar

Kisah seorang wanita mengidam bau roti yang baru dimasak tular di Facebook. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN wanita hamil biasanya akan mengidam untuk menikmati juadah-juadah tertentu.

Namun ada kalanya permintaan mereka yang agak tidak masuk akal sukar untuk ditunaikan oleh para suami.

Seorang peniaga makanan dikenali sebagai Normarliana Abu Bakar turut berkongsi kisah isteri pelanggannya mengidam untuk menghidu bau roti yang baru dimasak.

Tangkap layar mesej yang dikongsi peniaga itu.

Menerusi tangkap layar WhatsApp yang dikongsi di Facebook, pelanggan dikenali sebagai Akmal itu memaklumkan isterinya sedang berbadan dua.

"Assalamualaikum. Maaf puan, saya nak bertanya. Hari ni puan ada buat roti ke? Isteri saya hamil dua bulan. Dia teringin nak bau roti baru masak. 

"Boleh ke saya hantar dia ke rumah puan sekejap? Maaf ya kak, kandungan pertama. Saya pun tak tahu munasabah ke tak benda tu" tulis lelaki itu.

Sepanjang lebih 10 tahun baking, inilah permintaan yang agak pelik.

NORMARLIANA ABU BAKAR

PENIAGA 

"Akak ada buat sosej bun hari ni. Kalau isteri Akmal ada kat rumah, boleh hantar dia lebih kurang pukul 3.30 petang ya," balas Normarliana pula.

Menurut peniaga berkenaan, isteri pelanggannya tersenyum selepas permintaannya berjaya dituruti.

"Sepanjang lebih 10 tahun baking, inilah permintaan yang agak pelik. Lepas duduk depan oven tunggu roti siap bakar, budak Ain ni beli roti bawa balik sambil tersenyum.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri teringin nak gigit tayar, bagi alasan mengidam... Suami tak cakap banyak, segera bawa ke bengkel - “Nasib baik tauke faham”

ARTIKEL BERKAITAN: Dimaki sebab mengidam roti canai, sampai sekarang dendam dengan suami! Terbongkar ramai lelaki sanggup kasari isteri hamil

"Ekspresi muka dia, sukar digambarkan. Kita pun perempuan, pernah mengandung. Craving mengidam ni lain macam," tulisnya.

Kisah pelanggan Normarliana tular selepas dia berkongsi tentang kisah itu menerusi grup Facebook Geng Hero Dapur.

Rata-rata netizen turut memuji tindakan peniaga itu yang sanggup melayan kerenah pelanggannya.

Antara pilihan pastri dan kek yang dihasilkan oleh peniaga itu. 

"Yang baca ni pun rasa gembira dan bahagia. Boleh bayangkan senyuman puas hati dia tu.

"Comel sangat. Suami pun serba salah nak minta tolong sis, sampai tak tahu munasabah ke tak isteri dia mengidam macam tu.

"Terima kasih akak melayan mengidam si isteri. Semoga rezeki akak seluas lautan," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain