DI sebalik kemajuan teknologi hari ini, masih ada individu dalam masyarakat kita yang mengamalkan sihir dan pendamping.
Di TikTok, seorang perawat turut berkongsi kisah pesakitnya yang terkena gangguan sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangganya.
Menurut Ustaz Haiman dari Rawatan Ar-Syifa Kuantan, Pahang, pesakit itu langsung tidak mempunyai nafsu untuk bersama dengan isterinya.
Tangkap layar video sesi rawatan yang dikongsi di TikTok.
"Tiada nafsu bila nak bersama. Bila isteri ajak bersama, dia asyik menolak je. Tengok muka isteri pun dia tak nak.
"Jadi nak marah, jadi panas. Selepas Asar, kemaluannya sakit dan susah nak 'naik'. Kerap mimpi bersama dengan orang yang tak dikenali," tulis perawat itu.
Dia turut berkongsi video memaparkan pesakit lelaki itu yang muntah ketika sedang menerima rawatan.
Selepas Asar, kemaluannya sakit dan susah nak naik. Kerap mimpi bersama dengan orang yang tak dikenali.
USTAZ HAIMAN
PERAWAT
Video sesi rawatan itu menerima hampir 100,000 tontonan.
Menurut seorang wanita di ruangan komen, dia dan suaminya juga berdepan gangguan sihir pemisah sejak 20 tahun lalu.
"Saya keadaan macam ni dah 20 tahun tapi saya sabar dan tanamkan dalam fikiran yang ada hikmah di sebalik keadaan ini. Hikmahnya Allah nak bagi di kemudian hari nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Graf cinta asyik turun naik, lepas 10 tahun kahwin wanita rasa menyampah tengok muka suami... Warga FB syak angkara sihir pemisah
ARTIKEL BERKAITAN: Perempuan ‘peruntuh masjid’ main kotor, guna sihir pemisah rampas suami orang! Pertemuan selepas 14 tahun buat bekas isteri terkejut
"Ada banyak juga kami pergi berubat tapi semua cakap kami kena sihir pemisah. Saya sampai dah putus asa nak berubat sebab saya je yang bersungguh.
"Suami saya tak ambil berat pun nak berubat," kongsi wanita itu.
Beberapa individu yang berdepan masalah sama turut berkongsi kisah mereka di ruangan komen.
Sihir pemisah biasanya dihantar oleh seseorang yang mahu meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan
"Saya dan suami saya sekarang dalam fasa ini. Waktu kerja, masing-masing ada keinginan. Bila kat rumah, tiada kenginan dah.
"Saya macam tu, tak ada rasa, bila tengok suami sendiri jadi benci, meluat, kadang senyum pun tak ikhlas dan nak bersama tiada kenginan," tulis pelayar TikTok.