PENGASUH sering dianggap sebagai pembantu kepada golongan ibu bekerja.
Selain menjaga dan menguruskan anak-anak asuhan sepanjang waktu pejabat, ada ibu bapa yang mendapatkan khidmat mereka ketika ingin berehat atau 'me time'.
Seorang wanita yang melakukan perkara sama terkejut apabila pengasuh anaknya seolah-olah membentak selepas mengetahui dia tidak bekerja pada Isnin lalu.
Katanya, pada hari tersebut, dia mengalami masalah kesihatan sehingga tidak berkeupayaan untuk menjaga anak.
Menjaga anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan
"Hari Isnin baru-baru ni, aku tak sihat dan tak larat jaga anak, aku suruh suami yang hantar anak kepada pengasuh.
"Biasanya aku yang hantar anak, jadi pengasuh tanya tentang aku pada suami. Dia jawab aku demam.
"Ingatkan semua baik-baik je, tapi pengasuh macam marah sebab aku tetap hantar anak walaupun MC (cuti sakit)," luahnya memulakan cerita.
Menurut wanita itu, meskipun berada di rumah, namun keadaannya diumpamakan seperti 'kain buruk' kerana tidak mampu untuk melakukan apa-apa tugasan melainkan tidur semata-mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah awal, tak terus ambil anak sebab nak ‘me time’... Wanita rasa bersalah dengan pengasuh
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 2 anak stres pengasuh kerap ambil cuti, gaji tetap bayar penuh... Siap dah cakap nak ‘off’ seminggu musim raya
Namun katanya, selepas merasakan kesihatan tubuh semakin pulih, dia mengambil sendiri anaknya di rumah pengasuh.
"Memang muka aku nampak sihat sikit sebab dah makan ubat dan rehat.
"Tiba-tiba pengasuh nampak aku ambil anak, pengasuh buat muka macam tak suka," ujarnya yang kehairanan dengan sikap pengasuh berkenaan.
Pada masa sama, wanita ini menyatakan bahawa anaknya sepatut dijaga penngasuh dari Isnin sehingga Jumaat.
Tak faham pengasuh awak ni, dia dibayar... ikut sukalah mak ayah nak hantar waktu sedang bercuti pun.
WARGA MAYA
Oleh itu, dia merasakan pengasuh tidak sewajarnya 'buat muka' apabila diminta untuk menjaga anak walaupun dia berada di rumah.
"Masa hantar anak hari ini (Selasa) pun dia buat muka lagi, padahal hari ni aku dah masuk kerja.
"Mungkin dia ingat aku saja-saja tak mahu jaga anak walaupun cuti," tambahnya lagi.
Berharap keadaan kembali jernih seperti sedia kala, wanita ini juga mengajukan pertanyaan sama ada dia perlu menambah wang upah asuhan atau tidak.
Kebanyakan warga maya memintanya mendapatkan khidmat pengasuh yang lain.
"Hari ni 25 haribulan, aku dapat gaji. Jadi aku kena tambah sikit ke gaji dia sebab kes ni?" ajunya mendapatkan pandangan warganet.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya tidak bersetuju dengan caranya untuk memberi upah tambahan.
Tambahan pula, bayaran dibuat untuk tempoh jagaan sebulan dan waktu anak dihantar itu juga tidak melibatkan lebih masa.
"Tak perlu bagi lebih. Cari pengasuh atau taska lain je.
"Kita bayar sebulan, kenapa dia nak buat muka? Saya punya kumpulan Facebook pengasuh pun 'melantun' seolah-olah kita hantar anak secara percuma.
"Pengasuh dari neraka, mungkin ada sertai kumpulan pengasuh di Facebook, macam-macam permintaannya... aku kalau dapat pengasuh ni, siap aduan kat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Tak faham pengasuh awak ni, dia dibayar... ikut sukalah mak ayah nak hantar waktu sedang bercuti pun," demikian reaksi warga maya.