suria

Mak tak bagi kahwin cepat, suruh kejar cita-cita… Gadis alami masalah ovari bimbang gagal dapat zuriat - “Lagi sebelah ada cyst”

Segelintir ibu bapa tidak menggalakkan anak berkahwin pada usia muda. -Gambar hiasan

SETIAP orang akan menetapkan sasaran umur tertentu untuk menamatkan zaman bujang.

Begitu juga dengan gadis berusia 25 tahun ini yang berhasrat untuk mempercepatkan tarikh pernikahannya.

Menerusi perkongsian di laman X, gadis itu meluahkan rasa sedih apabila hasrat itu dihalang ibunya sendiri.

Ramai ibu bapa mahu anak-anak mereka fokus membina kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Mak aku tak bagi kahwin lagi sebab dia suruh aku kerja dulu. Katanya aku punya cita-cita ni dah lama dan aku kena fokus. bapa aku pula dia cakap tak payah lewat-lewatkan. 

"Mereka sampai bergaduh tentang hal ini. Aku asalnya tanya saja, boleh ke awalkan sikit majlis kalau duit tunang aku dah cukup? Alasan mak aku sebab aku ni lemah, stres sikit terus cakap nak kahwin.

"Aku suka luahkan dekat mak aku kalau sakit atau stres, tapi dia guna benda tu untuk cakap aku lemah," luah gadis itu menerusi hantaran di media sosial.

Aku tak nak kahwin lambat sebab hanya tinggal satu ovari saja... sebelah ada cyst.

PENGADU

Menurut gadis itu, dia seboleh-bolehnya mahu mempercepatkan perkahwinan kerana mempunyai masalah kesihatan.

Jelas pengadu, dia bimbang peluangnya untuk hamil semakin tipis jika dia berkahwin pada usia yang semakin meningkat.

"Aku tak nak kahwin lambat sebab hanya tinggal satu ovari saja... sebelah ada cyst. Risau la tak sempat nak rawat atau cuba dapatkan bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita syok dapat kahwin muda, umur 20 tahun sudah ada 3 anak - “Hidup bujang lagi penat”

ARTIKEL BERKAITAN: Mak suruh kahwin awal, remaja kini jual aiskrim tanggung anak... Suami di politeknik cuma balik tuntut nafkah batin

"Umur reproduksi perempuan pun tak sama macam lelaki. Mak aku tak apalah kahwin awal, umur macam aku dah anak dua.

"Tapi sebenarnya aku cuma sedih dan kecewa bila mak aku cakap macam tu. Aku ada exam esok tapi anxiety aku berapi-api sebab exam ni susah bagi aku.

"Pertama kali rasa terluka sampai macam ni dengan kata-kata mak aku," luahnya lagi.

Ramai juga anak muda di negara ini yang berkahwin pada usia awal 20-an. -Gambar hiasan

Di sebalik alasan kesihatannya, pelayar X menasihati gadis itu agar akur dengan permintaan ibunya.

"Perkahwinan tak menjamin kebahagiaan. Perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat. Kamu yakin bakal suami jenis senang beri kerjasama dan tak akan bagi kau stres?

"Kadang perempuan ni, suami dia la punca dia dapat darah tinggi. Dengar cakap mak please," pesan seorang netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain