KETIKA umat Islam berlumba-lumba melipat gandakan amal ibadah sepanjang Ramadan, seorang lelaki yang sudah bergelar suami tanpa rasa berdosa melakukan maksiat bersama wanita lain.
Perkara tersebut didedahkan isterinya sendiri dalam satu luahan yang dikongsikan di akaun X @meinmokhtar.
"Saya baru dapat tahu suami saya berzina dengan bini orang. Malam ni diaorang nak jumpa tapi suami saya inform nak moreh dengan grup member lama.
"Saya patut layankan dulu penipuan ni atau saya hentikan suami keluar malam ni?
Individu yang dicurangi pasangan perlu mengumpul bukti sebelum memfailkan penceraian atau menyaman pihak ketiga. -Gambar hiasan
"Tolong saya, saya tak kuat. Saya ada anak-anak, apa perlu saya buat," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Mengakui hatinya hancur saat mengetahui kecurangan suaminya itu, wanita berkenaan berkata dia bagaimanapun memilih untuk memendam perasaan buat sementara waktu kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk membongkarkan perkara sebenar kepada mentuanya.
"Saya buntu, saya tak nak suami saya terus hanyut dengan dosa dalam bulan mulia ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Trauma suami curang belum padam, wanita sama tiba-tiba muncul berhubung atas alasan kerja
ARTIKEL BERKAITAN: Suami curang ketika berada di ‘puncak’, isteri sarat hamil anak kelima - “Menyesal berhenti kerja ikut cakap dia”
"Saya ingatkan nak diamkan dulu sampai raya ni, saya nak jumpa mentua dan bongkarkan semua ni," luahnya lagi.
Perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi yang bercampur daripada warga maya dengan ada yang menyarankan supaya dia segera bersemuka dengan suaminya mengenai dakwaan zina tersebut.
Tuduhan zina ni bukan main-main, perlukan pembuktian cukup. Kalau tak, hang yang kena.
NETIZEN
"Kenapa dah tahu suami nak berzina dengan bini orang di bulan Ramadan tapi tetap nak tunggu lepas raya? Consider bersubahat dah.
"Lelaki banyak akal. Benda dah basi baru nak kecoh, lagi panjang akal dia cari alasan," demikian antara komen netizen.
Dalam pada itu, kebanyakannya menyarankan wanita berkenaan agar mengumpul bukti yang cukup sebagai persediaan untuk melakukan tindakan seterusnya, termasuklah sekiranya mahu menuntut cerai.
Sebahagian daripada saranan netizen.
"Kumpul bukti, WhatsApp, conversation. Video semua tu. Lepas tu fight dekat mahkamah. 'Londeh'kan kaw-kaw.
"Tuduhan zina ni bukan main-main, perlukan pembuktian cukup. Kalau tak, hang yang kena. Ini bukan aku cakap, ini hukum.
"Kumpul bukti. Depan mentua reveal. Sebab nanti cerai start berebut cucu la apa la. Bukan nak pisahkan tapi nanti mesti dia (mentua) back-up anak dia," demikian antara komen netizen.