suria

Pemilik jenama baju Melayu terkenal didakwa tiru rekaan samping! Pempengaruh mahu bersemuka - “Kamu ada nombor suami saya”

Tyra mendakwa rekaan samping yang dikeluarkan jenama pakaian suaminya diciplak sebuah jenama baju melayu terkenal

ISU plagiarism atau mencuri idea rekaan jenama lain bukan perkara baru dalam dunia fesyen lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang pempengaruh popular, Tyra Kamaruzzaman memuat naik perkongsian di laman sosialnya mendakwa rekaan kain samping yang dikeluarkan jenama pakaian milik suami, Emran Rijal, diciplak sebuah jenama baju Melayu terkenal.

"Cantik kan samping ni? Ini rekaan yang berasal daripada samping datuk moyang Emran dari tahun 1890-an yang diturunkan melalui generasi keluarga mereka.

Rekaan samping yang dikeluarkan jenama pakaian Emran, Emri Vision bersama Sijil Hakcipta.

"Untuk majlis nikah kami, Emran guna rekaan yang sama dalam warna kegemarannya. Ia dibuat dengan teliti menggunakan teknik tenun. Rekaan itu dibuat tanda dagangan (trademark) oleh Emran kerana ia adalah warisan keluarga. 

"Anda tidak melihat reka bentuk ini di mana-mana. Tetapi sedihnya tahun ini, ada jenama besar menciplak rekaan ini. Dan apa yang menyedihkan mereka menirunya 100 peratus sehingga kepada pemilihan warnanya," tulis Tyra. 

Dalam perkongsiannya, Tyra turut memuat naik imej Sijil Hakcipta rekaan samping bercorak keris keluaran jenama pakaian suaminya,  sebagai bukti. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘I Will Always Love You’ dianggap tak sesuai di majlis kahwin, Tyra minta bertenang - “Ikutkan nak lagu Everyday I'm Shuffling”

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Sharifah Rose ‘panas’ lagi, kali ini netizen tuduh ciplak jenama tudung - “Dia fikir boleh tiru macam kerja sekolah?”

Malah ujar Tyra, suaminya yang juga seorang pereka fesyen sudah pun menghubungi pengasas jenama yang terbabit untuk mendapatkan penjelasan namun masih belum menerima jawapan.

"Kita dah tunggu lama dah. Bukan setakat berhari-hari tapi berminggu sudah berlalu. Kamu ada nombor suami saya... bila mahu hubungi?

"Kehabisan idea adalah perkara biasa dalam dunia rekaan, ataupun jadikan inspirasi juga boleh tapi untuk meniru 100 peratus, nampaknya bukan kebetulan. Ia dipanggil plagiarism.

Kita dah tunggu lama dah... bukan setakat berhari-hari tapi berminggu sudah berlalu.

TYRA KAMARUZZAMAN

"Kita dah cuba contact untuk jumpa dan selesaikan secara profesional tapi tak berjaya. Adakah sebab kami bukan ahli politik atau selebriti mahupun sesiapa yang boleh anda manfaatkan? 

"Kami tetap manusia yang memerlukan penjelasan," tulisnya lagi. 

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram pada Isnin sehingga kini meraih ratusan komen netizen yang turut menyokong pempengaruh berkenaan dan suaminya membawa isu berkenaan ke tengah.

Paparan mesej yang dihantar menerusi DM di Instagram oleh suami Tyra kepada pengasas jenama baju melayu yang terbabit. 

"Tak ada etika punya orang. Tolong teruskan proses ini ke mahkamah.

"Saman je... jenama dia untung beratus juta. Apalah sangat.

"Kenapa tiru design orang? Bayar artis dan influencer mahal-mahal tapi rupanya ciplak," demikian komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain