suria

Banyak picit-picit, bini muda geram suami cerita kemesraan dengan madu... ‘Auto’ terbayang ‘perkara itu’

Terdapat ujian dan dugaan dalam setiap rumah tangga. -Gambar hiasan

LEBIH banyak makan hati daripada rasa diri yang 'terpaling' bertuah.

Begitulah nasib kebanyakan mereka yang bergelar bini muda, tidaklah semuanya manis dalam perkahwinan yang dibina.

Lebih-lebih lagi apabila suami mula berubah bersikap dan tak pandai mengambil hati isteri.

Berkongsi cerita, seorang wanita yang merupakan isteri kedua meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap suaminya yang suka bercerita tentang apa yang dilakukan bersama isteri pertama.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

"Semasa memandu, tiba-tiba suami rasa pening kepala. Saya cakap berhenti dulu mana-mana untuk rehat.

"Kemudian suami cakap 'Tak apa, sampai nanti nak minta akak (isteri pertama) picitkan kepala je'. Saya dengar macam tu, saya tak suka," luahnya di laman sosial.

Mengulas lanjut, katanya, setiap kali suaminya berkata seperti itu, dalam fikirannya akan membayangkan tentang kemesraan suami bersama isteri pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lebihkan isteri pertama setiap kali Ramadan, Aidilfitri! Wanita kini sedar tak indah jadi bini muda, asyik makan hati

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dingin lepas kahwin, nak ucap ‘birthday’ pun susah... Isteri mula menyesal, kecewa tak dapat perhatian - “Bukan minta berlian pun”

Walaupun sudah berkali-kali berpesan supaya tidak berbuat demikian, tetapi suaminya sering berkongsi tentang perihal hubungan intim bersama madu.

"Dalam kepala ni mula membayangkan perkara-perkara 'itu' (hubungan intim). Lagipun selalu dah pesan pada suami tak perlu cakap pada saya perkara-perkara yang menuju kepada hal itu. Contoh 'Abang dah tidur awal semalam, akak minta picit'," ujarnya.

Saya dengar macam tu, saya tak suka.

ISTERI KEDUA

Menurut wanita itu, dia kini berusia 30 tahun, manakala suami dan isteri pertama berumur 40-an.

"Jadi mungkin mereka banyak meluangkan masa bersama dengan picit-memicit kot," katanya secara sinis.

Tiada persefahaman sering menjadi punca konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

Namun, dia menegaskan dirinya bukan menghalang segala aktiviti yang dilakukan suami bersama isteri pertama.

Sebaliknya, dia mahu dirinya sebagai isteri kedua dijaga dan dilayan dengan baik.

"Saya tak kisah tentang itu. Bagi saya, kami ada cara masing-masing untuk bermesra dengan suami.

"Tapi suami tak menjaga langsung hati saya," luahnya yang terkilan tentang sikap suami yang kerap bercerita kemesraan bersama isteri pertama.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain