MEDIA sosial sering menjadi platform buat warga maya berkongsi luahan mengenai kisah rumah tangga masing-masing termasuklah kerenah keluarga mentua.
Realitinya tidak semua wanita yang bergelar menantu melalui pengalaman manis termasuklah wanita ini.
Dalam hantaran di laman sosial, dia berkongsi konflik yang berlaku antaranya dengan ibu mentua gara-gara wanita tersebut tidak berpuas hati kerana masakannya menjadi pilihan ramai.
"Hari ni mentua aku buat makan-makan panggil anak beranak, adik-beradik dia dalam 20 orang. Aku disuruh masak satu jenis masakan.
Kita sewajarnya menghormati mentua sama seperti kita menghormati ibu bapa sendiri. -Gambar hiasan
"Aku buat sup guna sup bunjut tumis minyak tiga sekawan. Tengah buat dekat dapur, bapa mentua jenguk macam mana aku buat sup. Dia tegur kenapa letak sup bunjut, kenapa tak letak lengkuas?
"Aku beritahu. kalau buat sup memang guna sup bunjut je. Lepas tu bapa mentua aku kata adik-beradik dia 'kurang' makan sup yang dibuat guna sup bunjut" tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Dipendekkan cerita, kata wanita berkenaan ibu mentuanya kemudian masuk ke dapur dan menyediakan hidangan sup yang menggunakan lengkuas sebagaimana permintaan bapa mentuanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jengkel mentua pantang tengok anak menantu senang! Pergi bercuti dianggap berduit, hari gaji laju mesej minta ‘bahagian’
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua kaki pusing, guna suami ambil ‘personal loan’ buat rumah... Lepas siap ipar-duai ‘rasmi’ dulu, pemilik disuruh pindah!
"Apabila semua siap dihidang ada ikan temenung bakar, siakap bakar, sup ayam yang aku buat serta sup lengkuas ibu mentua aku. Aku juga ada buat cabai tumbuk dan ibu mentua aku buat air asam kosong.
"Masa tengah makan tu bapa mentua aku pelawa suruh adik-beradik dia rasa sup ibu mentua aku, tapi masalahnya ramai makan sup ayam yang aku masak.
"Sup lengkuas tu bapa dan ibu mentua aku je makan. Cabai tumbuk aku pun habis licin.
"Kemudian mulalah ibu mentua aku kata masakan dia tak laku, muka macam nak sedih. Aku tak tahu dia nak buat drama apa pula," katanya.
Nak selamat, kita tolong potong buah saja lepas ni. Nanti kalau tak masak, kena kutuk juga.
NETIZEN
Apa yang membuatkan dia terkejut, bapa mentuanya tanpa rasa bersalah mengkritik hidangan sup yang disediakannya di hadapan ahli keluarga lain.
"Lepas habis makan, aku tengah cuci pinggan, ibu mentua tanya... kau letak apa la dalam sup kau sampai orang tak nak makan sup mak. Kau ada baca apa-apa ke sebab aku tengok mulut kau kumat-kamit masak tadi?
"Ada, saya selawat Nabi, jawab aku sambil senyum. Ibu mentua aku terdiam lepas tu hempas dulang berisi cawan atas meja dan berlalu pergi," tulisnya.
Antara komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan.
Tambahnya, apa yang berlaku sudah membuatkan dia cukup serik mahu membantu di dapur kerana enggan dituduh melakukan perkara yang bukan-bukan lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa jengkel dengan sikap keluarga mentua wanita berkenaan malah menyarankan supaya dia bersabar dalam menghadapi kerenah mereka.
"Nak selamat, kita tolong potong buah saja lepas ni. Nanti kalau tak masak, kena kutuk juga.
"Kalau saya dalam situasi ni mesti menangis. Kita pula hati tisu.
"Berapa umur mak mentua awak? Perangai macam budak-budak," demikian antara komen netizen.