BAGI pasangan suami isteri, cahaya mata merupakan penyeri rumah tangga.
Maka tidak hairanlah apabila segelintir individu mengimpikan zuriat yang ramai.
Namun sesetengah pula mengharapkan sebaliknya kerana 'berperang' dengan perasaan terbeban selain tidak sanggup menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Kanak-kanak perlu membesar dalam persekitaran yang baik. -Gambar hiasan
Perkara sama diluahkan seorang wanita ini selepas melalui episod sukar sepanjang tempoh membesarkan anak-anak.
Berkongsi di media sosial, ujarnya dia dengan lantang menyatakan keengganan untuk menambah cahaya mata semasa berbual dengan suaminya.
"Aku dah cakap dengan suami aku dah tak mahu bersalin sebab dia tak pernah cuci berak anak-anak walaupun aku tak sihat. Dia tak pernah mandikan anak-anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Nekad resign demi ketenangan diri, besarkan anak-anak... Ahli keluarga ‘terlebih risau’, sibuk share jawatan kosong sampai naik rimas!
ARTIKEL BERKAITAN: Ambil cuti seminggu, suami baru tahu ‘nikmat’ urus anak! Terus peluk isteri, buang persepsi ‘duduk rumah goyang kaki’
"Kalau aku tengah sarat (mengandung), berpantang, kau rasa aku kena buat semua tu juga tak?," ajunya dalam luahan yang dikongsikan.
Dia yang seolah-olah sedih dengan situasi dialami turut menyatakan bahawa tidur suaminya tidak pernah diganggu meskipun anak-anaknya masih bayi.
Malah katanya, sepanjang tempoh itu dia bersendirian menjalankan tanggungjawab sebagai ibu walaupun letih dan tidak mempunyai rehat yang cukup.
Mengakui membesarkan anak kembar bukanlah tugas mudah, dia turut menceritakan pengalamannya mengendalikan anak-anak tanpa sokongan dan pertolongan daripada pasangan.
Perkara macam ni nampak kecil je, tapi kalau lama-lama pendam kita yang jadi penat.
WARGA MAYA
"Sepanjang anak-anak masih bayi, tidur dia tak pernah diganggu.
"Dahlah bayi kembar... seorang aku bagi susu badan, seorang lagi minum botol. Aku juga yang kena bancuh susu sedangkan dia nyenyak tidur," luahnya lagi.
Menurut wanita ini, susulan perbualan dan luahan perasaan yang dilakukan itu, suaminya hanya diam membisu.
Hantaran yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya terutama golongan wanita.
Kebanyakannya menyokong tindakannya meluahkan isi hati kepada suami kerana bimbang perasaan yang dipendam akan membahayakan kesihatan mental.
Warga maya bersetuju dengan caranya.
"Memang kena cakap, kalau tak... sampai ke sudah dia tak ingat apa-apa. Perkara macam ni nampak kecil je, tapi kalau lama-lama pendam kita yang jadi penat.
"Memang nampak kasar apabila cakap macam ni, tapi banyak suami yang macam ni... Jaga mental kita ya, semoga dipermudahkan segala urusan.
"Cukuplah apa yang ada ni. Saya tengah pantang, ajak suami tambah nombor dua, dia tak mahu dah sebab dia yang berjaga malam.
"Anak ni tanggungjawab dua-dua, memang suami tak boleh lepas tangan. Habislah kalau isteri yang kena buat semua perkara," demikian reaksi warga maya di ruangan komen.