suria

Isteri terketar-ketar kejut suami, tangan terkena minyak panas ketika masak sahur... Syukur rasa sakit hilang lepas kena cium

Persefahaman akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

MUSIBAH boleh berlaku di mana sahaja pada bila-bila masa dalam situasi yang tidak dijangka.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ketika membuat persiapan sahur di rumahnya.

Ketika kejadian dia keseorangan di dapur, manakala suaminya sedang lena diulit mimpi di bilik tidur.

Menyediakan juadah untuk keluarga. -Gambar hiasan

"Nak sediakan sahur tanpa kacau suami, dah siap baru nak kejut dia. Tiba-tiba terpercik minyak panas kat tangan, saya berlari masuk bilik kejut suami.

"Terketar-ketar tunjuk tangan yang dah mula merah tu. Kemudian dia dalam keadaan mamai bangun daripada tidur. Suami terus cium dahi, cium tangan kat bahagian sakit tu.

"Sambil tu, suami cakap... kenapa baby tak kejut abang, aduh baby ni. Dia buat tu sambil cium tanpa henti kat tempat sakit," kongsinya menerusi satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dingin lepas kahwin, nak ucap ‘birthday’ pun susah... Isteri mula menyesal, kecewa tak dapat perhatian - “Bukan minta berlian pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala

Menurut wanita berkenaan, tindakan suaminya yang tidak disangka-sangka itu membuatkan hatinya tersentuh sehingga menitiskan air mata.

"Saya apa lagi, berjurai la air mata pakej merengek sebab tindakan dia tu. Bukan sebab sakit. Awh, semanis ini ke kahwin.

"Selama 30 tahun hidup tak pernah rasa orang layan manja macam ni sebab saya anak sulung yang sejak dulu semuanya buat sendiri.

"Tambahan pula, sejak lapan tahun merantau dan duduk pun seorang lagi la keras hati kan. Tapi, apabila dah ada suami ni, baru tahu ini rupanya perasaan dimanjakan," ujarnya.

Selama 30 tahun hidup tak pernah rasa orang layan manja macam ni sebab saya anak sulung.

ISTERI

Bagaimanapun, wanita itu tidak mendedahkan usia perkahwinannya, termasuk latar belakang suaminya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan layanan suaminya dan berharap perkara sebegitulah yang seharusnya diamalkan setiap pasangan dalam rumah tangga.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, dia turut dihujani dengan komen nakal netizen yang beranggapan kemanisan seperti yang diceritakannya hanya berlaku di awal fasa perkahwinan.

"Dah agak akan ada soalan dan tanggapan seperti... berapa tahun dah kahwin?, Baru-baru je tu, lama-lama tak ada dah macam tu.

"Tapi sejujurnya salah ke daripada awal kita usaha pupuk kasih sayang dan contohi rumah tangga orang tua kita yang harmoni sampai akhir hayat kan?" ujarnya.

Selain itu, wanita berkenaan turut mengakui asam garam sentiasa ada dalam kehidupan dalam rumah tangga, ibaratkan sedangkan lidah lagi tergigit.

"Kalau tak ada perbincangan, tak ada gaduh-gaduh tu pelik lah pula jadinya. Seperti tiada dua komunikasi dua hala yang berlaku.

"Habis tu, rumah tangga orang lain tak sweet, tak manja ke?" katanya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain