MENJELANG Aidilfitri, pasangan suami isteri biasanya akan berbincang untuk menentukan lokasi bagi menyambut 1 Syawal.
Supaya lebih adil, mereka akan menetapkan giliran mengikut tahun untuk pulang beraya dengan keluarga masing-masing.
Di TikTok, seorang wanita meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan mentua yang tidak kisah tentang giliran untuk balik beraya.
Ramai pasangan menggunakan sistem giliran untuk balik beraya di kampung masing-masing. -Gambar hiasan
Menurut Raifana, ibu mentuanya mengerti situasi yang dialami keluarganya, malah tidak kisah jika dia tiada pada hari raya pertama.
"Sebelum ni bergilir (balik raya). Lepas adik saya meninggal, ibu abah saya tinggal berdua. Mak mentua terus beritahu, tak apa je nak raya sana dulu.
"Sebab ada satu tahun tu saya balik rumah mentua, mak saya sampai demam-demam melayan tetamu. Mak mentua cakap, lepas ni saya balik je raya dengan ibu dan abah saya.
Saya suka kongsi pasal mentua baik sebab banyak sangat post pasal mentua jahat.
RAIFANA
"Mak mentua kata dia anak ramai, boleh gilir-gilir. Tapi mak saya, tinggal saya saja anak. Sayu kalau malam raya tinggal berdua je mak abah saya," cerita wanita itu.
Menurut Raifana lagi, dia mahu berkongsi kisah kebaikan ibu mentuanya kerana terlalu banyak cerita negatif yang sering dikongsi di media sosial.
"Saya suka kongsi pasal mentua baik sebab banyak sangat post pasal mentua jahat. Tapi rezeki orang lain-lain. Saya cuma nak beritahu yang tak semua mentua tu jahat.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua dimaki ‘bodoh’ masa berbuka, wanita baru faham kenapa suami nak jadi lebih baik daripada bapa
ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya menumpang jadi kena sedar diri' – Isteri penat urus rumah mentua, lepas iftar biar pinggan tak cuci
"Mak mentua kata, saya balik rumah dia lepas raya pertama pun tak apa, dia tak kisah. Terima kasih Allah hadirkan mak mentua yang memahami dan baik terhadap keluarga saya.
"Mak mentua pun sangat rapat denga besan. Dia pun tahu begitu begini. Alhamdulillah, tak pernah ada isu pun sebelum ni," tulisnya lagi.
Tambah Raifana, ibu mentuanya juga tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih atau bercakap buruk tentang menantu perempuan.
Ibu mentua juga perlu dilayan seperti darah daging kita sendiri. -Gambar hiasan
Perkongsian Raifana turut dihujani banyak komen netizen yang rata-ratanya memuji sikap mulia ibu mentuanya.
"Dapat mentua dan ipar duai yang baik pun antara rezeki dan nikmat terindah dalam hidup ini.
"Awak bertuah sangat. Moga dipanjangkan usia mak mentua awak," tulis netizen.