CUTI hujung minggu yang sepatutnya tenang bagi pasangan ini bertukar menjadi huru-hara dek kerana sikap majikan si isteri.
Manakan tidak, majikan berkenaan menghantar mesej pada waktu malam, mendesak si isteri melakukan perubahan pada tugasan yang sudah dihantar lebih awal.
"Isteri aku hantar report, siap seminggu awal. Tapi tiba-tiba hari Jumaat sekitar pukul 10 malam, bos dia baru kalut nak suruh ubah itu ini.
"Ketika itu bini aku mahu tidurkan anak. Tiba-tiba masuk WhatsApp bos dengan mesej... boleh kamu buat perubahan sekarang?" kata si suami menerusi satu hantaran di laman sosial.
Melakukan tugasan demi menjana pendapatan. -Gambar hiasan
Memandangkan ia di luar waktu kerja dan keadaan semasa tidak mengizinkan, isterinya menolak dengan memberikan alasan yang munasabah.
"Isteri balas... saya tidak selesa untuk melakukannya. Sekarang sudah lewat dan saya sedang jaga bayi.
"Cuba teka apa? Bos dia terus balas... adakah kamu fikir lapan jam bekerja tu, semua orang betul-betul buat kerja?
"Kenapa apabila kerja pending (belum selesai), semua salah staf. Tapi apabila bos sendiri melengah-lengahkannya, tiba-tiba ada teori baharu pasal kerja bukan ikut jam?" soalnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu kepala makin serabut, wanita lepas jawatan eksekutif kanan… Hati girang dapat kerja baharu jawatan kerani
ARTIKEL BERKAITAN: Akak ‘cleaner’ macam polis, banyak tanya apabila disuruh makan snek... Rupanya serik selalu dapat makanan ‘expired’
Tidak berhenti di situ, majikan isterinya terus memanjangkan isu yang berbangkit, sehingga mengancam untuk mengadu kepada pihak pengurusan mengenai sikapnya.
"Bos dia kata akan laporkan kepada pihak pengurusan sekiranya masih attitude (sikap) begini.
Aku harap pihak pengurusan pun ada akal untuk fikir, silap siapa sebenarnya?
SUAMI
"Attitude apa? Attitude tak jadi hamba korporat selama 24 jam 7 hari seminggu? Attitude buat kerja awal tapi bos sendiri lambat gerak?
"Attitude utamakan anak sendiri berbanding bos yang gagal menguruskan masa?" tegasnya lagi.
Kepenatan selepas seharian bekerja. -Gambar hiasan
Berpihak kepada isterinya, dia menyifatkan tindakan majikan berkenaan adalah keterlaluan dan tidak bertimbang rasa terhadap kehidupan peribadi pekerjanya.
"Aku harap pihak pengurusan pun ada akal untuk fikir, silap siapa sebenarnya? Orang yang buat kerja awal, atau orang yang sibuk cari salah orang sebab diri sendiri tak pandai urus masa?" katanya.
Namun dia mendakwa malangnya, aduan tersebut diterima pihak pengurusan tanpa siasatan lanjut.
"Tidak ada ruang untuk isteri saya jelaskan situasi daripada pihak dia. Semuanya diterima begitu sahaja.
"Lebih mengecewakan, dalam reviu prestasi final, bini saya diberikan rating paling rendah. Bukan kerana pencapaian kerja atau KPI (petunjuk prestasi utama) tidak tercapai, tetapi disebabkan isu ini," katanya kesal.