suria

Tak cukup maki hamun, pelajar baling kerusi ke arah cikgu dalam kelas - “Sakit kepala saya”

Guru berdepan dengan cabaran besar dalam mendidik pelajar menjadi insan berguna. -Gambar hiasan

CABARAN buat mereka yang bergelar seorang pendidik sememangnya bukan calang-calang hebatnya.

Kebanyakan masa, guru wanita khususnya cenderung untuk dibuli pelajar kerana dilihat mempunyai perwatakan yang lemah-lembut serta tinggi sifat sabarnya.

Namun, setinggi mana pun kesabaran seorang cikgu pasti akan runtuh jika berterusan dibuli, sebagaimana kisah yang dikongsikan guru wanita ini di laman sosial.

"Saya 'meletup' hari ni dalam kelas. Seorang murid boleh duduk di atas meja dia, kemudian apabila saya tegur, dia hanya pandang saya sambil buat muka sinis. 

Students using hand sanitizer before entering the schoolat --Filepic.Kerjaya sebagai seorang pendidik memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan

"Beberapa minit lepas tu murid lain pula bercakap semasa saya mengajar.

"Saya tegur baik-baik kemudian dia bercakap lagi... saya tinggikan sedikit suara, dia baling kerusi sambil maki saya. Terus sakit kepala saya," tulisnya.

Menurut guru berkenaan, kejadian tersebut bukanlah kali pertama dihadapinya ketika mengajar di kelas yang sama namun dia mengakui insiden terbaharu ini menyebabkan kesabarannya terhakis.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ludah muka saya!” - Cikgu terketar-ketar tahan marah urus murid tantrum... Segera cuci muka, baca selawat tenangkan diri

"Saya sebenarnya bersabar dengan kelas ini dari minggu pertama lagi. Macam-macam perangai dan ragam, tapi saya masih bersabar. 

"Bersabar saya bukanlah saya tidak usaha langsung mengawal kelas. Saya masih tegur secara berhemah kerana di hadapan saya mereka yang berumur tujuh hingga 12 tahun sahaja. 

"Yang mana salah, saya tegur. Beberapa teknik yang sesuai saya aplikasikan di dalam kelas. Tak tahulah kenapa hari ni kesabaran saya senipis kulit bawang pula.

Anak siapalah biadap tu? Kalau anak saya, saya rela cikgu rotan, balik saya tambah lagi.

NETIZEN

"Cikgu datang dengan semangat dan keluar dengan rasa kecewa itu boleh berlaku bila-bila masa," tulisnya lagi.

Perkongsian guru berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya menyarankan supaya dia membuat laporan kepada guru besar serta ibu bapa murid terbabit agar tindakan yang lebih tegas dapat diambil bagi mengatasi situasi sedemikian.

Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman hampir serupa diuji dengan kerenah pelajar yang biadab.

Sebahagian daripada reaksi warga maya. 

"Tahun lepas saya ada report polis sebab seorang budak yang biadab... daripada awal kuat mencarut. Lama-lama dia beralih kepada ugut bunuh pula. Nasihat saya, apabila mereka biadab, keluarkan phone dan rakam.

"Sama perangai murid saya. Cikgu pula kena minta maaf sebab ada ibu bapa yang akal 00000.1 peratus je dalam otak tu.

"Anak siapalah biadap tu? Kalau anak saya, saya rela cikgu rotan, balik saya tambah lagi... geram!" demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain