suria

Trauma suami curang belum padam, wanita sama tiba-tiba muncul berhubung atas alasan kerja

Seorang wanita menceritakan kisah suami yang pernah curang sebelum ini. -Gambar hiasan

SEORANG wanita masih dihantui kisah lama apabila suaminya pernah berlaku curang ketika mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Menurut wanita tersebut, sewaktu masih bergelar teman lelaki beberapa tahun lalu, suaminya pernah menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan peristiwa itu meninggalkan trauma mendalam dalam hidupnya.

Namun, apa yang mengejutkan, wanita 'orang ketiga' itu kini kembali dengan mengikuti akaun TikTok suami dan menghubunginya melalui WhatsApp atas alasan kerja.

"Suami saya pernah curang beberapa tahun lalu dengan seorang wanita sebelum kami berkahwin, dan perkara itu meninggalkan trauma yang mendalam dalam hidup saya. 

Kecurangan boleh berlaku di tempat kerja. -Gambar hiasan

"Sekarang, wanita tersebut follow (mengikuti) akaun TikTok suami saya dan menghubunginya melalui WhatsApp atas urusan kerja," ujarnya memulakan cerita.

Walaupun cuba bersikap rasional dan bertenang, dia tetap berasa tidak selesa dan tertanya-tanya sama ada perasaan cemas itu berpunca daripada trauma lama yang kembali menghantui dirinya.

Menjelaskan tentang rumah tangganya, wanita itu berkata suaminya merupakan seorang ahli perniagaan, manakala perempuan tersebut mahu menjadi pelanggannya. 

"Suatu pagi, saya terbaca mesej antara mereka dan badan saya terus menggigil. Ya, niat utama mereka memang berkaitan kerja, tetapi ada juga perbualan yang menyimpang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah lali suami curang... Siap bawa skandal balik rumah zina di segenap ruang, atas sofa pun jadi! Kini atur strategi nak cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak pernah merasa dipeluk, dicium... rupanya suami syok dekat laki orang - “Moga Allah buang rasa sayang ni”

"Suami saya juga menyimpan nombor wanita itu dengan nama lain. Contohnya, jika namanya Nur Aisyah, suami saya hanya menyimpan sebagai Nur.

"Saya sedang cuba untuk bersikap rasional dan bertenang kali ini, tetapi perut saya rasa tidak 'selesa'. Adakah ini perasaan cemas? Atau mungkin trauma lama saya kembali menghantui?," jelasnya.

Meskipun berasa terganggu dengan situasi itu, dia cuba untuk melihat dari sudut positif dengan menganggap mungkin ini adalah rezeki suaminya.

Bagaimanapun, perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang meminta wanita ini supaya tidak terlalu cepat 'melatah'.

Jika suami benar-benar menghargai dan menyayangi awak, dia akan ikut permintaan awak.

NETIZEN

"Buat tak tahu saja. Yang penting suami kaya dan berjaya dalam perniagaan. Walaupun dia pernah curang, tak mengapa, asalkan hidup senang, ada nama dan tak perlu bersusah payah bekerja. 

"Gaji suami mesti lebih daripada RM9,000. Yang lain tak perlu difikirkan. Yang penting, dia ada duit," komen seorang netizen.

Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya dan menasihatinya untuk bertindak lebih tegas agar perkara itu tidak berlarutan dalam rumah tangganya.

Komen netizen di medial sosial.

"Saya rasa awak perlu bertegas dan beritahu suami yang awak tahu mengenai hubungan kerja mereka dan awak tidak suka. 

"Minta dia block (sekat) wanita itu di mana-mana media sosial dan ingatkan suami bahawa rezeki bukan terletak di tangan wanita itu. Jika dia bukan klien suami sekalipun, awak dan suami tidak akan jatuh miskin. 

"Jika suami benar-benar menghargai dan menyayangi awak, dia akan ikut permintaan awak. Jika tidak, awak tahulah di mana tempat awak dalam hatinya," tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain