suria

Bakal tunang lepas raya, wanita pelik rakan ofis teruja nak hadir walau tak dijemput - “Dia dah plan nak pakai apa”

Setiap wanita mengimpikan jodoh yang menepati kriteria dan pilihan hati. -Gambar hiasan

SEPATUTNYA teruja bakal bergelar tunangan orang, namun seorang wanita resah gelisah gara-gara terlepas cakap mengenai majlis istimewanya itu.

Menurut wanita itu, dia bakal melangsungkan majlis pertunangan bersama jejaka pilihan selepas sambutan Aidilfitri pada bulan depan.

Disebabkan hari istimewa itu juga, dia mahu memohon cuti tahunan untuk membuat persiapan awal bagi majlis berkenaan.

Majlis pertunangan yang turut dihadiri saudara-mara terdekat. -Gambar hiasan

"Aku akan buat majlis tunang pada akhir Syawal. Jadi, aku minta la cuti, dan rakan-rakan sekerja aku ni kena tahu pasal cuti aku ni juga," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Dia bagaimanapun tidak memaklumkan sebab permohonan cuti tersebut sehingga menimbulkan tanda tanya dalam diri salah seorang rakan sekerja perempuan.

"Dia pun tanyalah kenapa aku nak minta cuti. Jadi, aku terberitahu dia yang aku nak tunang.

"Majlis tu untuk keluarga terdekat dan kawan rapat je. Dia pun ucap tahniah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa enggan terima hadiah baju raya harga diskaun! Minta anak tak berkira dengan mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu kepala makin serabut, wanita lepas jawatan eksekutif kanan… Hati girang dapat kerja baharu jawatan kerani

Hanya memaklumkan tentang majlis tunang, dia juga tidak pun menjemput mana-mana rakan sekerjanya pada hari tersebut.

Namun beberapa hari kemudian, rakan sekerjanya tiba-tiba berkongsi cerita tentang persiapan yang dilakukan untuk menghadiri majlis pertunangannya itu.

Untuk selamat, ajak je. Lepas tu kata ni majlis kecil-kecilan je.

NETIZEN

Sedangkan katanya, dia begitu pasti tidak menjemput rakannya itu ke majlisnya.

"Dia dah cerita kat aku yang dia nak plan pakai apa dan nak bawa plus one (pasangan) mana.

"Aku macam? Aik, aku rasa aku tak ajak pun," jelasnya.

Selain sibuk bekerja, seorang wanita penat melayan kerenah rakan sepejabat. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan cadangan dan pandangan berhubung situasi yang dihadapinya.

"Bagi saya, awak dah terberitahu dia. Jadi, ajak je dia, tapi dia je la.

"Cakap je 'nak datang, datanglah tapi aku tak buat majlis pun. Hanya sewa pelamin untuk ambil gambar dengan famili je'.

"Untuk selamat, ajak je. Lepas tu kata ni majlis kecil-kecilan je," komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain