DALAM keghairahan membuat persiapan menyambut 1 Syawal tidak lama lagi, antara urusan yang perlu dilakukan adalah menukar duit raya di bank.
Tidak mahu beratur panjang di bank untuk urusan ini, seorang wanita yang berhasrat mendapatkan not wang kertas baharu bertindak mengupah seorang individu untuk melakukannya.
Menurut wanita itu, pada mulanya caj yang dikenakan adalah RM50, namun kadar dinaikkan sekali ganda pada saat akhir.
Ramai sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri. -Gambar hiasan
"Berbaloi ke bayar RM100 upah servis tukar duit raya berjumlah RM1,000?
"Sebab runner dah pergi 11 bank, tapi semua duit dah habis. Bank ke-12 baru dia dapat tukar duit tu," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bekerja serba salah asyik ‘hilang’ dari pejabat, alasan sebab anak… Nak berhenti kerja sayang pula ada duit sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tegur peruntukan duit raya RM50 untuk ibu bapa banyak sangat... Suruh fikir kos balik kampung, beli kuih raya
Bercerita lanjut, katanya, 'runner' berkenaan keluar dari rumah sejak pagi untuk memenuhi permintaannya bagi mendapatkan not wang kertas baharu.
"Dia keluar dari pukul 9.30 pagi. Sekitar pukul 12 tengah hari, baru jumpa bank yang masih valid lagi untuk pertukaran duit raya.
Dengan puasa lagi, naik kereta pun pakai minyak.
NETIZEN
"Masa dia beratur pun dah sejam setengah. Asalnya dia caj servis tu RM50 je, tapi lepas kejadian tu terus dia naikkan ke RM100," ujarnya yang mempersoalkan sama ada caj yang dikenakan itu adalah berbaloi atau tidak masuk akal.
Rata-rata netizen memberikan pandangan berbeza berhubung perkara ini.
Seorang wanita mempersoalkan bayaran servis yang diterima. -Gambar hiasan
Kebanyakan mereka menyifatkan caj yang dikenakan itu adalah setimpal dengan penat lelahnya bagi memastikan pesanan pelanggan dipenuhi.
"Berbaloi untuk malas kita dan mudahkan urusan kita. Kita kalau nak pergi 11 bank pun tak mampu.
"Berbaloi je, kalau pergi dua hingga tiga bank pun dah rasa nak rentan dan berbuka sebab letih.
"Caj tu berbaloi. Dengan puasa lagi, naik kereta pun pakai minyak," demikian antara komen netizen.
Pada masa sama, segelintir netizen turut berpendapat bahawa kenaikan caj itu dapat menampung modalnya selain menerima hasil keuntungan melakukan servis tersebut.
"RM50 tu anggaplah modal dia, RM50 lagi adalah untung dia," komen netizen.